Free JavaScripts provided
by The
JavaScript Source
![]() |
|
PERUBAHAN-PERUBAHAN KELANTAN
DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK
Terbitan : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
SLOGAN : MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
KEMAJUAN ISLAM
PROGRAM PENTADBIRAN
PROGRAM PEMBANGUNAN
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
ISU-ISU POSITIF DALAM
KERAJAAN PAS
SIKAP TIDAK DEMOKRATIK
KERAJAAN PUSAT.
APA YANG
BN TIRU DARI KELANTAN
Sepintas Lalu:
Keluasan : 15,000 KM persegi.
Penduduk : 1.5 juta - 93.8 % Melayu, 4.6 % Cina , 0.7 % India dan 10.9
% lain-lain.
Perubahan-perubahan di kelantan melalui 3 cara:
1 - Keputusan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri
2 - Keputusan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri
3 - Hasrat YAB Tuan Guru Menteri Besar.
TIGA aspek utama perubahan:
Kemajuan Islam
Program Pentadbiran
Kesejahteraan Rakyat
1 - KEMAJUAN ISLAM
A - Pendidikan Islam : Peningkatan Sekolah Yayasan islam Kelantan
1 - Bangunan dan pertambahan
kelas - memberi peluang lebih ramai pelajar belajar.
2 - Maahad Tahfiz Al Quran
di Pulai Chondong, pencapaian pelajarnya cemerlang di Peringkat Malaysia.
3 - Mahad Dakwah Wal Imamah.
Mendapat pengiktirafan Universiti Al Azhar
4 - Menambah bilangan guru
terlatih (Kursus KDC), tetap dan berelaun.
5 - Ko-Kurikulum berpandaukan
Kementrian Pendidikan (Akademik)
6 - Sukatan pendidikan (Agama)
dari Universiti Al Azhar, Mesir.
7 - Memperbayakkan jawatan
guru tetap dan berpencen. (Zaman BN tak sampai 100, sekarang lebih 200)
8 - Menaikkan guru sekolah
bantuan YIK
9 - Mengembang Pusat Pengajian
Pondok YIK dan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azahar. Mesir.
10-Menanbahkan peruntukan
untuk pengurusan dan pembangunan YIK dari RM 18 juta (Semasa BN) kepada
RM 30 juta sekarang.
11-Membuka kelas kemahiran
dan sains tulen, teknik, vokesyinal dan perdagangan.
12-Menubuh Kolej Islam Kelantan
bertaraf Universiti sejak tahun 1998 dan beroperasi sepenuhnya tahun 2000
ini.
B - Pembangunan Masjid :
1 - Menmabahkan
peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK
2 - Memperuntukkan
pembangunan agama/masjid kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.
3 - Mengadakan
kursus-kursus kepada kakitangan masjid
4 - Menyalurkan
kemudahan peralatan dan kitab-kitab melalui Jabatan Agama Islam
5 - Menganjurkan
muzakarah imam-imam
6 - Menambah
peruntukan melalui wakil rakyat
7 - Menambah
elaun imam-imam mukm
8 - Menjalankan
program mengimarahkan masjid
9 - Melaksanakan
tabng al Qardhul Hassan di masjid-masjid.
C - Perkembangan Dakwah
1 - Memperkenalkan
unit halaqat
2 - Menambah
bilangan guru-guru al Quran dan Fadhu Ain
3 - Memperkemaskan
penglibatan dan kerjasama bada-badan dakwah lain.
4 - Mempertingkatkan
kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
5 - Mewujudkan
programdakwah menerusi Jawatan Kuasa Penerangan Pihak Berkuasa Tempatan
( Majlis
Daerah.MPKB)
6 - Mempertingkatkan
fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam
7 - Menggalakkan
dan menjemput orang belum Islam menghadiri Program Kebesaran Islam dan
majlis-majlis
rasmi kerajaan
8 - Kempen Kesederan
menutup aurat.
9 - Menganjur
sambutan bulan Sembahyang
10- Menganjur sambutan
Hari Hudud
11- Memasukkan program
Ihya' Ramadhan dalam kelender pelancongan
12- Memasukkan acara
seni dan budaya Islam dalam Karnival Kebudayaan Kelantan.
13- Menetapkan dasar
Islam dalam dasar Kebudayaan Negeri 1998.
14- Memperincikan
prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan negeri 1998 dan mengutamakan
nilai-nilai
Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
15- Merekacipta seni
rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berperinsipkan simbolik al Quran sebagai
perlembagaan
hidup umat Islam/rakyat Kelantan.
D - Pembangunan Insan
1 - Menyalurkan
peruntukan melalui wakil rakyat
2 - Kegiatan
tadarus tahnan di Masjid Kawasan/Jajahan
3 - Menyampai
tazkirah berkala di jabatan / agensi kerajaan.
4 - Menganjurkan
kursus kefahaman Islam
5 - Menganjurkan
kursus-kursus perkahwinan kepada bakal pengantin dan ibu bapa.
6 - Memperkemaskan
lagi Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999), memudahkan penggunaan
borang-borang.
7 - Mempertingkatkan
kuliah-kuliah memahami Islam sebagai Ad-Din jabatan-jabatan Kerajaan serta
agensi/badan
berkanun.
E - Mempertingkatkan Perlaksanaan Syariat Islam
1 - Tidak
mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang
menjadi punca maksiat.
2 - Tidak dibenarkan
dibuka kelab malam
3 - Menghapus
kegiatan pelacuran
4 - Menggalak
dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat
pengeluaran lesen
premis oleh pihak berkuasa tempatan.
5 - Pengawalan
kedai gunting - elak wanita menggunting lelaki.
6 - Menyusun
semula penjualan arak mulai 1 Jualai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan
lagi diminum ditempat
awam, termasuk hotel-hotel, restoren-restoren atau pun kedai-kedai makan.
Namum begitu orang bukan Islam
oleh minum di rumah-rumah kediaman mereka atau pun tempat-tempat yang bukan
tempat awam.
7 - Tidak mengeluarkan
lesen premis kepada pusat hiburan dan permainan snooker dan billiad.
8 - Memperbanyakkan
papan tanda berunsur dakwah.
9 - Melarang
papan tanda (iklan) yang memperaga wanita dan bercanggah dengan Islam
10- Meluluskan Enakmen
Kanun Jenayah Syariah 11 (1993)
11- Meluluskan Dasar
Kebudayaan Negeri berterapkan perinsip Islam 1998.
12- Meluluskan Enakmen Kawalan
Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman. Walau pun
begitu sebarang hiburan atau kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam
dibenarkan.
13- Meluluskan Dasar
Pelancongan Negeri berperinsipkan Islam.
2 - PROGRAM PENTADBIRAN
A - Pentadbiran Secara Islam
1 - Mengamalkan
Pentadbiran berteraskan al ubudiah, al masuliah dan al itqa'an.
2 - Memperkenal
dan membudayakan adab membuka dan menutup majlis cara Islam dimulakan dengan
Surah
Al Fatihah dan penutup dengan Surah Al Asr.
3 - Dasar jimat
cermat dalam berbelanja.
4 - Att taawun
dalam perlaksanaan projek.
5 - Menubuh
Jawatankuasa Pembangunan Islam.
6 - Menubuh
Jawatankuasa Pembangunan Ummah.
7 - Melantik
wakil kaum dan wanita (memberi hak mereka)
8 - Meluluskan
Pekeliling Pentadbiran Islam Bilangan 1 (1994) Negeri Kelantan.
9 - Masa pulang
diperawalkan dan tiada masa waktu rehat tengahari dalam bulan Ramadhan
bagi membolehkan
ibadat digandakan dan membolehkan suri rumah/kakitangan wanita menyiap
juadah untuk berbuka.
10- Menamatkan majlis
rasmi sebelum waktu sembahyang atau memulakannya selepas sembahyang.
B - Pengurusan Kewangan Secara Islam
1 - Mengasingkan
akaun halal haram
2 - Memindahkan
simpanan tetap dari bank riba kepada Bank Islam
3 - Dasar tender
terbuka dalam pembalakan
4 - Menubuhkan
Tabung Serambi Mekah
5 - Melaksanakan
sistem gadaian Islam (Ar Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai
riba ditukar
kepada Sistem Islam mulai tahun `993.
6 - Mengarahkan
PKINK dan anak-anak syarikat yang untung supaya membayar zakar.
7 - Pinjaman
secara Islam kepada kakitangan kerajaan.
C - Menjaga Harta Kerajaan
1 - Memotong
elaun tetap Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Ahl Majls Mesyuarat
Kerajaan dan
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri sebanyak 20% kepada parti (Perhubungan
PAS Negeri Kelantan.
2 - Memotong
elaun tetap Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sebanyak 10% kepada
Perbendaharaan Negeri.
3 - Memotong
elaun tetap Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Menteri Besar, Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri sebanyak 20% kepada Perhubungan
PAS Negeri dan 5%
kepada PAS Kawasan.
4 - Menghapuskan
amalan pemberian cenderamata semasa lawatan.
5 - Memanjangkan
cuti bersalin Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, Agensi-Agensi dan
Badan-Badan berkanun
di bawah Kerajaan Negeri dari 42 hari ke 60 hari.
6 - Tidak mengubahsuai/memperbaharui
perabot rumah dan hiasan dalaman Kediaman Rasmi MB di JKR 10.
7 - Tidak menggunakan
kemudahan kerajaan dalam pilihanraya.
8 - YAB Tuan
Guru Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan untuk juadah hari rayasebanyak
RM 30,000
setiap tahun.
9 - YAB Tuan
Guru Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan untuk juadah Berbuka
Puasa sebanyak
RM 15,000 setiap tahun..
10- YAB Tuan Guru
Menteri Besar tidak mendiami rumah rasmi di JKR 10, sebaliknya terus tinggal
di kediaman sendiri
di Pulau Melaka.
D - Pentadbiran Tanah
1 - Dasar
Penyelesaian tanah-tanah haram sebelum 1990
2 - Memberikan
hakmilik tanah yang telah dibayar deposit (tanah kerajaan)
3 - Memudahkan
beberapa urusan tanah (bayaran ansuran untuk premiun bagi membantu golongan
miskin
memiliki tanah).
4 - Mempertingkatkan
kutipan tungakan hasil tanah dengan cara memberi kesedaran kepada rakyat.
5 - Memberi
kuasa kepada ketua Jajahan dengan kelulusan Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah
(JHET) untuk
kelulusan tanah yang luasnya kurang daripada 10 ekar. Ini bertujuan mempercepatkan
penyelesai urusan
Hak Milik Tanah.
3 - PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
A - Pembangunan Insaniah
1 - Mendedahkan
Program Bina Insan kepada Kakitangan Negeri
2 - Meningkatkan
kefahaman Islam kepada guru-guru dan pelajar YIK melalui TAMRIN dan sebagainya.
3 - Memberi
kursus kefahaman Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat.
4 - Pemimpin
bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
5 - Hasil bimbingan
YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar, pegawai-pegawai berkeyakinan tinggi
semasa
memberi tazkirah di pejabat-pejabat kerajaan.
6 - Melaksanakan
Projek Desa Takwa.
7 - Menggalakkan
rakyat mengamalkan konsep ta'awun.
8 - Menganjur
kuliah agama di Masjid Baraah Pasar Buluh Kubu.
9 - Menganjur
forum, seminar dan muzakarah mengenai perlaksanaan Islam.
10- Menambah bilangan
guru-guru al Quran dan Fardhu Ain.
11- Memperkemaskan
penglibatan dan kerjasama dengan badan-badan dakwah lain.
12- Mempertingkatkan
kegiatan dakwah melalui jabatan/agensi kerajaan.
13- Menujudkan program
dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis
Daerah / MPKB)
14- Mempertingkatkan
fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
15- Menggalakkan dan
menjemput orang-orang yang belu Islam menghadri program kebesaran Islam
dan
mjlis-majlis rasmi kerajaan.
16- Kempen kesedaran
menutup aurat diperingkat Parti dan Kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan
berpakaian
menutup aurat.
B - Pembangunan Ekonomi
1 - Memajukan
bidang pertanian sebagai 'economic base'
2 - Menjadikan
PKINK sebagai pemaju sektor pertanian komersial
3 - Mempelbagai
kegiatan komersial
4 - Terus memajukan
bidang penanaman padi
5 - Menyedia
skim subsidi baja kerajaan negei bagi menampong keperluan bagi mereka yang
dianaktirikan
oleh kerajaan Pusat.
6 - Memajukan
kawasan lojing sebagi pusat pertumbuhan pertanian baru
7 - Mempertingkat
usaha penanaman semula hutan
8 - Menyekat
pembalakan haram
9 - Menggubal
dasar pertanian negeri dismping dasar pertanian negara.
10- Menubuhkan Jawatankuasa
Serenti Perindustrian dan pertanian.
11- Membuat promosi
pelaburan di luar negeri.
12- Memaju dan memberi
kerjasama kepada pihak yang menjayakan pelbagai projek untuk kemudahan
dan
kemajuan ekonomi negeri seperi Projek Kemasin-Semerak, Empangan Pergau
dan Penyedian tapak perindustrian.
C - Projek Kesejahteraan Rakyat
1 - Mempertingkat
fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dan menyelaraskan projek.
2 - Mempertingkat
peranan Pejabat Tanah dan Jajahan.
3 - Menyalur
peruntukan melalui wakil rakyat.
4 - Mempertingkat
peranan Majlis Daerah dan MPKB dalam menyediakan pelbagai kemudahn dan
perkhidmatan
untuk semua rakyat.
5 - Meneruskan
semua perlaksanaan pelbagai projek kecil dan kesejahteraan rakyat - mengetar,
menaiktaraf dan
membatu jalan, membina parit dan saliran, menyedia input pertanian, membina
dan membaiki jambatan, kalbot,
waqaf dan seumpamanya.
6 - Menghapuskan
lesen beca roda tiga.
7 - Menyegerakan
segala bantuan kecemasan melaui Tabong Serambi Mekah.
8 - Melaksanakan
Tabong AL Qardul Hasan kepada golongan miskin - pinjaman tanpa faedah.
4 - ISU-ISU
POSITIF DALAM KERAJAAN PAS
1 - Ketokohan
Tok Guru, sifat sederhana, tada penyelewengan, mengutamakan kehendak rakyat,
teladan Tuan
Guru Menteri Besar memberi keyakinan kepada rakyat.
2 - Wujud suasana
aman, sejahtera dan selesa. Kadar jenayah menurun, keputusanpeperisaan
meningkat, gejala
keruntuhan sosial remaja rendah dan kes-kes meksiat tidak merebak.
3 - Perlaksanaan
Syariat dan syiar Islam. Usaha-usaha secara praaktikal pemerintahan
Islam di Kelantan
disempurnakan dengan menguatkuasa pelbagai peraturan Islam mengikut kemampuan
(kuasa yang ada) bagi
kerajaan negeri. Usaha seperti menguatkuasakan pakaian menutup aurat, pengharaman
judi dan melulus Kanun
Jenayah Syaiah 1 merupakan langkah serius yang tidak pernah dilaksanakan
oleh kerajaan BN sebelum ini.
Meski pun mereka mendakwa BN mendaulatkan Islam.
4 - Pembangunan
yang selari dan seimbang. Meliputi aspek pembangunan kebendaan dan kemanusian.
Berbeza
dengan Kerajaan BN yang menekankan pembangunan kebendaan semata-mata. Mereka
benyak mengejar
kebaikan dunia dan meninggalkan kebahagian akhirat. Oleh itu aspek pembangunan
insaniah diperitingkatkan
ke segenap lapisan rakyat.
5 - Boleh mentadbir
dan tiada masaalah kewangan berkat jimat cermat.
6 - Pendekatan
mengikut kehendak Islam dalam setiap belanjawan negeri.
7 - Perakuan pihak
polis, kadar jenayah menurun hasil daripada dasar kerajaan menutup tempat
hiburan, judi, maksiat
dan kelab malam.
8 - Langkah
Kelantan ditiru oleh negeri lain/kerajaan Pusat. Pajak gadai Islam, perumahan
konsep Islam dan cuti
bersalin misalnya.
9 - Kerajaan
BN menolak keputusan Dewan Undangan negeri Kelantan melulusan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah
11 1993 (HUDUD) pada 25 November 1993.
10- Perdana Menteri
melalui surat rasminya mengugut akn mengambil tindakan sekianya kerajaan
Negeri meneruskan
cadangan melaksanakan Enakmen Kenun Jenayah Syaiah 11 1993.
11- Pemimpin UMNO
rata-rata memfitnah dan memburuk-burukkan imej Kerajaan Negeri untuk melaksanakan
hudud dengan mengatakan apa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri sebagi
'hudud zalim' 'tidak adil' dan
'hudud PAS '
12- Menyelesaikan
masaalah air dengan membeli saham Thames Water 70%.
5 - SIKAP
TIDAK DEMOKRATIK KERAJAAN PUSAT
1 - Tidak mengiktiraf
kemenangan PAS memerintah Kelantan, tidak menghurmati mandat rakyat Kelantan.
2 - Menjalin
pelbagai usaha untuk memburuk, menjatuh dan mewujudkan suasana resah kerajaan
dan rakyat
Negeri Kelantan.
a) Bermusuh dengan Istanan - Memfitnah Istana, Mencabar
takhta, mengadakan perhimpunan haram 11.04.193,
isu cukai kereta Lamboghini, Pertabalan Tengku Ibrahim. Menyaman Tengku
iskandar dan isu tuntutan takhta
Negeri Kelantan.
b) Menyekat kuasa dan menghina kedudukan Menteri Besar
Kelantan - Halang hadir mesyuarat MB-MB,
pecat daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, mentohmah Menteri
Besar selaku Tok Guru,
tak layak/tak pandai mentadbir
c) Tidak memberi kerjasama dalam perlaksanaan pembangunan
- Menteri UMNO mempolitikkan JPP. bertidak
tanpa berunding dengan kerajaan Negeri, sekat peruntukan yang telah diluluskan.
d) Mempolitik KESEDAR - tidak emngiktiraf wakil kerajaan
negeri (3 orang), saman kerajaan negeri, mendera
peneroka, menuduh kerajaan Negeri rampas tanah.
e) Mungkir janji dan segala persetujuan-pinjaman perumahan
kos rendah, projek Bekalan Air Kelantan
Utara/BAKU.
f) Mempolitikkan Projek Pergau - tuduh kerajaan
negeri rasuah kerana desak pampasan RM90 juta.
g) Mneyerang MAIK dengan tuduhan pecat imam-imam mukim
dan mempolitikkan masjid. Desak MAIK saman
imam yang membaca khutbah mengkritik BN.
h) Merancang pelbagai rancangan fitnah terhadap pimpinan
kerajaan negeri danPAS. UMNO menubuh
Jawatankuasa Menangani Fitnah Pembangkang.
i) Menyekat dan melengah-lengahkan pembayaran kepada
kerajaan negeri - geran tahunan, geran keseimbangan
kerajaan tempatan, perkapita sekolah agama.
j) Menolak hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan.
k) PAS dan pimpinan PAS dituduh sebagai pemecah belah
masyaakat, sembahyang dua imam, pulau orang
UMNO, penyesat akidah, menyeleweng ajaran Islam, ulama berpura-pura, buat
fatwa untuk politik,
perjuangan bertopengkan Islam, mencemar kesucian Islam, kempen PAS bahaya,
mencemar dan menyalah
gunakan masjid, menggunakan khutbah/mimbar masjd sebagai medan politik.
l) Tok guru tak tahu memerintah, makan gaji buta, minta
pertolongan syaitan, isu mencarut, larang wanita bekerja
dan isu penebangan balak di kawasan loging.
m) Tak percaya kepada ulama dan Mufti sedia ada. Cadang
lantik Mufti lain sebagai penasihat kerajaan (Untuk
dilantik sebagai exco).
6
- APAKAH YANG DITIRU OLEH KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI LAIN
DARIPADA PENTADBIRAN
KERJAAN NEGERI KELANTAN.
1 - Pajak gadai
Islam Ar-Rahn yang diterima pakai oleh YPEIM dab Bank Rakyat
2 - Cuti bersalin
daripada 42 hari kepada 60 hari yang berkuatkuasa akhir tahun 1997
3 - Ekonomi
yang berasaskan pertanian dimana Negeri Kelantan adalah negeri pertama
menyiapkan
Pelan Strategik Pertanian. Negeri Negeri lain kemudian mengambil contoh
dari pelan tersebut.
4 - Konsep pejabat
bercuti pada Hari Sabtu mulai diguna pakai selepas Belanjawan 1999/Januari
1999.
Namun begitu Kerajaan Pusat hanya mengambil sekali dalam sebulan cuti tersebut
iaitu Sabtu pertama
awal bulan.
5 - Pemberhentian
perniagaan pasar malam untuk solat Magrib telah di tiru oleh Terengganu
semasa BN.
6 - Ayat-ayat
Al Quran dan DOA-DOA sebagai hiasan di tepi jalan raya. Kenyataan Menteri
Di Jabatan
Perdana Menteri Dato' Abd. Hamid Othman akan digunakan di tepi lebuhraya
(BH - 8.10.1997)
7 - Papan tanda
lokasi masjid dtiru oeh kebanyakan negeri di Malaysia.
8 - Konsep Hotel
Islam di tiru oleh Negeri Pahang.
9 - Pemotongan
elaun tetap Meneri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan ditiru mulai
tahun 1997 iaitu seleas kegawatan ekonomi.
10- Amalan tidak memberikan
cenderahati/hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri
Besar dan
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
baru mengeluarkan arahan yang
sama pada bulan Ogos 1998.
11- Tidak mengeluarkan
lesen premis judi cuba ditiru oleh Terengganu, itu pun di Besut pada Julai
1998 semasa BN.
7 - PENUTUP
Sesungguhnya Kerajaan
Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS / BA telah melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya dengan sempura dalam menangani pelbagai masaalah dengan
konsep Islam sebagai Ad-Din. Adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak menidakkan
apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dalam jangkawaktu lebih 9 tahun
pemerintahannya.
Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuh, namun dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini, segala macam persoalan telah berjaya diatasi. InsyaAllah rakyat Kelantan akan terus memberi mandat yang lebih besar kepada Kerajaan di bawah Pimpinan Ulamak demi kesinambungan usaha-usaha yang telah dilaksanakan . AMIN!.