![]() |
|
![]() |
Beliau yang dinanti-nantikan oleh kira-kira 300 orang di TOL Ampang sejak jam 4.30 petang tiba kira-kira jam 6.00 petang. Turut menanti beliau ialah OCPD Ipoh Timur dengan 3 'patrol car' polis. MB Terengganu cuma sempat berucap kira-kira satu minit dan beliau terus ke Kuala Kangsar dengan diiringi oleh konboi rakyat dengan mengibarkan bendera PAS dan Keadilan.
Di Kuala Kangsar, beribu-ribu
rakyat bersama-sama MB Terengganu sama-sama solat hajat selepas solat Magrib
di Masjid Ubudiah. Seterusnya seepas isyak, MB Terengganu tersebut berucap
dihadapan kira-kira 30,000 hadirin. Beliau banyak menyentuh tentang Islam
ini perlu diperjuangkan dan ia akan tetap menang. Sambil membawa contoh
yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui al Quran dalam surah al
Buruj dan kisah Habib an Najar dalam Surah Yaaseen, beliau mengingatkan
pemerintah agar tidak memainkan perjanjian royalti minyak ini kerana nanti
minyak ini akan membakar mereka sendiri.
attarbiyyah