KE ARAH PENDIDIKAN ISLAM MASAKINI


TERENGGANU DARUL IMAN
MENUJU TAHAP PEMBANGUNAN AL-FALAH


Pendahuluan:
Nama Negeri: Terengganu Darul Iman
Luas  :  12,955 km persegi/1,295.512 hektar  -  4 peratus daripada Malaysia.
Penduduk : 1,017,252 (1.017252 Juta)   -  94.5 peratus Melayu, 4.6 peratus Cina, 0.5 peratus India.
Sumber buruh : 382,000 orang. Kadar Pengangguran 4.1 peratus.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) : RM8,989.8 juta
Pendapatan Perkapita : RM8,837.3 juta
Guna tanah : 22.6 peratus pertanian; 6.5 peratus pembangunan; 0.3 peratus industri dan 27.6 peratus lain-lain.

Ekonomi:
Dalam belanjawan Negeri Terengganu 2000, anggaran hasil tahun 2000 adalah sebanyak RM692.182 juta. Hasil dari raoyalti petroleum dan gas sebanyak RM530 juta iaitu 76.56 peatus dari jumlah hasil negeri. Hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN lalu ialah sebanyak RM731,334,342.85.
Sekarang royalti minyak telah dirampas oleh kerjaan BN Pusat.

Kadar Pengangguran/Kemiskinan: Pengangguran 4.1 peratus (Kebangsaan 6.8 %), kemiskinan 17.3 % (Berbanding Kelantan 19.2 %. Terengganu merupakan negeri ketiga termiskin di Malaysia selepad Kelantan dan Sabah.

Detik-Detik Awal Pemerintahan PAS
 
 
29 November,1999   PAS dan Barisan Alternatif (BA) memenangai pilihanraya umum Negeri Terngganu dan lapan Kerusi Parlimen
.
30 November, 1999
Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang menerima watikah daripada Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Badariah, Kuala Terengganu.

1 DISember 1999

Penamatan kutipan TOL Di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
2 Disember, 1999
Majlis menggankat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Medyuarat Negeri di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada jam 11 pagi Mesyuarat Ahli Exco Kerajaan Negeri yag pertama.
9 Disember, 1999
Tazkirah Menteri Besar yang pertama setiap pagi Khamis kepada kakitangan Kerajaan Negeri di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

16 Disember, 1999

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Y.B Dato' Senara Muda Dato' mazlan Hashim.

20 Disember, 1999
Majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Persidangan Dewan Undangan Negeri pertama bagi penggal ke 10.

21 Disember 2000

Beberapa Pengumunan Penting dalam sessi Pembentangan Belanjawan 2000 oleh YAB Mneteri Besar di Persidangan Dewan Undangan Negeri:
a) Kerja lima hari seminggu (Cuti Jumaat dan Sabtu)
b) Cuti bersalin 90 hari
c) Cuti suami (isteri bersalin) 7 hari
d) Dana Pendidikan 20,5 juta
e) Dana membnatu Sekolah-Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 2 juta.
f) Mengujudkan padang ragut rakyat bagi para penternak.
1 Januari 2000
Bermula kerja 5 hari seminggu bagi kakitangan Kerajaan Negeri.
5 Januari 2000 Perlantikan dan angkat sumpah Yang DiPertua Majlis Perbandaran  dan Daerah seluruh negeri di hadapan Menteri Besar.

21 Januari 2000

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana oleh pimpnan Barisan Alternatif di Stadium Sultan Ismail, Kua;la Terengganu.
30 Januari 2000 Forum Dasar Perindustrian Terengganu Menjelang Alaf Baru 2000 di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, Dirasmikan Oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri, Hj. Mustaffa Ali.

3 Februari hingga 8 Mac 2000

Lawatan Menteri Besar keseluruh daerah.

16 Feb 2000
 

20 - 22 Februari 2000


Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri mengadap sultan Terengganu di Istana Badariah Kuala Terengganu.

Lawatan Menteri Besar dan Exco ke Kawasan perindustrian Teluk Kalong dan Kerteh, Kemaman.


2 Mac 2000

Perlantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah.

4 Mac 2000

Menteri Besar menyampaikan Anugerah Pingat Emas dan hadiah Saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang negeri di Stadium Negri.

8 Mac 2000

Ceramah Sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Baru Terenggau di Kampong Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Penamatan semua pusat perjudian meliputi:
a) Lesen Premis
b) Penawaran Menceburi Perniagaan lain bagi pengusaha terbabit dan penawaran pekerjaan lain bagi kakitangan premis.


31 Mac 2000

Kawalan penjualan arak di kalangan bukan Islam:
a) Jumlah sebelum tahun 2000 ialah 41 buah
b) Jumlah selepas tahun 2000 ialah 8 buah.

Taida lesen arak yang baru.


April 2000

Tiada lagi premis judi di Terengganu.

PORTFOLIO-PORTFOLIO BARU EXCO KERJAAN NEGERI
 

a) Hisbah dan Tugas-Tugas Khas (YB Tun Dato' Hj. Mohd Salleh Abas)

Memantau semua perjalanan kerja kerajaan dan kakitangan agensi kerajaan negeri. Diberi tugas melantik AJK dalam Badan Penyiasatan Penyelewengan Kerajaan yang lalu. Tuan Hj.Idris Othman sebagai Pesuruhjaya Hisbah.

b) Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum (YB Ustaz Hj. Awang Dagang Yusof)

Membantu wanita dalam pembangunan diri dan keluarga ibu-ibu tunggal  - bantuan sara diri, skim jaya diri dan cadangan penubuhan Unit Temu Jodoh. Cadangan mengadakan undang-undang menutup aurat bagi kakitangan wanita di gedung-gedung perniagaan.

Perlaksanaan Program:
Peghapusan cukai pintu gerbang di Jalan Bandar (Kampong Cina) Kuala Terengganu (RM600 setahun). Perlantikan dalam ahli Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah. JSR (Ketua kampong dikalangan kaum terbabit). Pengekalan adat resam, budaya hidup, makan minum yang dibenarkan dalm agama mereka. Seminar wanita dalam perundangan Islam di setiap daerah,

c) Pendidikan, Dakwah dan Perlaksanaan Syari'at (YB Ustaz Hj. Harun Taib)

Pendidikan
Mengelola semua sekolah rakyat dan sekolah yang menerima bantuan kerajaan negeri, termasuk sekolah yang menerima bantuan daripada Yayasan Terenggau.

Dakwah
Mnegelola Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu termasuk Yayasan Islam Terengganu

Perlaksanaan Syariah
Memastikan kemudahan pinjaman yang tidak melibatkan sebarang unsur riba dan mengkaji beberapa perlaksanaan baru berkenaan dengan Islam seperti perlaksanaan hudud dan sebagainya.

PERLANTIKAN INSTITUSI KAMPONG

Jawatan Kuasa Syura Rakyat (JSR) mengganitkan JKKK. Pengerusi (Ketua Kampong), Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JSR dibayar elaun antara RM200 hingga RM300 setiap bulan.

LANGKAH-LANGKAH YANG SEDANG DILAKSANAKAN

A - Memperkemaskan Pengurusan Kewangan.
       Pihak Kerajaan percaya sebahagian besar punca 'kehilangan' wang negeri ialah disebabkan ketidakcekapan, penyelewengan, 'favoritism' (pilih kasih), 'cronyism' (pilih kawan) serta 'nepotism' (pilih waris) dalam mengndalikan urusan perbendaharaan. Oleh yang demikian sekiranya aspek ini diambil kira, penyelewengan dan pembaziran dapat dibendung.

B - Mempelbagaikan Sumber dan Hasil
      Selama ini petrolium adalah sumber utama kerajaan negeri. Pihak kerajaan sedang mengenalpasti sumber-sumber lain untuk menambah pendapatan seterusnya dapat meneguhkan kedudukan ekonomi.

C - Kerajaan Kebajikan
      Penerusan bantuan am kebajikan, skim jaya diri kepada golongan dhaif. Cadangan subsidi caj rawatan hospital kepada golongan miskin. Peruntukan besar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM 16.5 juta). Projek pemutihan dilakukan. 1492 orang telah ditarik balik bantuan kebajikannya kerana didapati tidak layak, termasuklah orang-oraga PAS sendiri. Orang-orang baru yang layak menerima bantuan ditambah sebanyak + 4000 orang. Bantuan dinaikkan daripada RM60.00 kepada RM100.00. bantuan khas dinaikkan  daripada RM150.00 kepada RM250.00.

Kerajaan sedang bersusaha menyelesaikan masaalah rumah kediaman dan tanah rakyat dengan menyediakan lot-lot tanah ntuk tapak perumahan.

D - Memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan

E - Mempertingkatkan taraf hidup rakyat

F - Membasmi buta Islam.
      Dengan mempediatkanceramah-ceramah, kuliah-kuliah serta kelas-kelas pengajian Islam disamping kuliah-kuliah umum yang sedia ada.

G - Mengujudkan Tenaga Mahir
      Dengan menggalakkan pemindahan teknologi dari negara-negara luar dan mengujudkan Pusat-Pusat Perkadiran tenaga Mahir dan separa mahir seperti KUSZA, Tati, Tesdec dan lain-lain.

H - Perancangan Jangka Panjang

I - Keamana Yang Menyeluruh
     Kesejahteraan hidup tanpa gangguan dari luar, keamanan mencari harta, keamanan mendapatan makanan dan juga keamanan melaksanakan pentadbiran kerajaan samada dari segi eksekutif, perundangan dan juga kehakiman.

J - Amar Makru Nahi Mungkar
     Menubuhkan Badan HISBAH bagi membeteras kemungkaran

K - Pembinaan Insan
      Penubuhan Akademik Pembinaan Insan (API), Unit Pembangunan Insan (UPI) serta mengemaskinikan JHEAT, Yayasan Islam Terengganu, yayasan Pembangunan Keluarga dan sebagainya.

L - Perkembangan Ilmu
      Memperbanyakkan majlis-majlis Ilmu kendalian kerajaan. Menggunakan sepenuhnya institusi Masjid, surau dan sebagainya. Memperbanyakkan majlis-Majlis penerangan seperti seminar, diskusi, ceramah, kuliah, agar rakyat menjadi celik Islam.

PENGHAPUSAN CUKAI-CUKAI

A - Tol Jambatan Sultan Mahmud - Kekurangan hasil RM 4 hingga RM 4.6 juta.
B - Cukai bakul di Pasar Kedai Payang dan Kedai Cabang Tiga - kekurangan hasil RM24,816.50
C - Lesen Perau dan Beca Roda Tiga - kekutangan hasil RM270.00 (berdaftar 648 buah)
D - Daftar lahir, permitpindah, sembelih haiwan ternakan dikaji semula
E - Cukai pntu rumah kediaman - RM 3.8 hingga RM4.2 juta.
F - Cukai tanah ditukar kepada sistem zakat dan kharaj
G - Sumber perjudian - RM 10 juta (anggaran)
H - Kekurangan hasil daripada pemansuhan cukai pintu keseluruhan negeri Terengganu berjumlah RM 12 juta.
I   - Kekurangan hasil daripada tunggakan   cukai pintu RM 14.6 juta (Bagi MPKT sahaja)

CABARAN DAN PENYELESAIAN

A - Peruntukan Undang-Undang
       Walaupun pihak Kerajaan berkemampuan untuk menggubal dan meminda undang-undang tubuh negeri, namun terdapat bidang-bidang yang di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

B - Pegawai-Pegawai Kerajaan
      Pegawai-pegawai Kerajaan yang masih belum memahami hasrat san matlamat KerajaanNegeri. Pegawai=Pwgawai yang kurang komited dengan tugas dan juga kadang-kang berlaku juga sabotaj.

C - Kekurangan tenaga mahir khususnya pakar agama

D - Penamatan Pemberian Royati Petrolium Kepada Kerajaan Negeri
      Ini memberikan kesan yang besar dalam mengurus serta mentadbir Negeri Terengganu.

E - Kegopohan Rakyat
      Rakyat yang selama ini sudah lama menunggu kejayaan Parti Islam sudah tidak sabar-sabar ingin melihat segala-galanya islamik.

F - Isu-isu yang di mainkan oleh pihak musuh
      i)   Penamatan kontrak kerja kakitangan UPU seramai 420 orang.
     ii)    Pemutihan penerimaan zakat
     iii)   Pemutihan penerima bantuan kebajikan masyarkat
     iv)   Pengekalan imam dan bilal
      v)  Pemilihan jawatan Kuasa Masjid
     vi)   Wang Royalti RM430 juta yang telah diterima.
 
 

Kuala Terengganu

KESIMPULAN

Kerajaan Negeri yakin dengan bertambahnya tahap kefahaman seseorang itu tentang Islam akan mempercepatkan lagi kadar perlaksanaan Islam itu. Kerjasama rakyat disemua peringkat dan bidang, sangat-sangatlah diperlukan. Jika rakyat benar-benar sedar bahawa sokongan dan bantuan yang mereka berikan adalah merupaka pengorbanan ke arah mengujudkan sebuah pemerintahan Islam atau dengan kata lain, suatu jihad ke arah melaksanakan hakimiyah Allah, maka sudah pasti mereka akan melakukannya lebih bersungguh-sungguh demi mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah dan mengharapkan Daulah Islamiyyah tertegak semasa hayat mereka.
 
 

ARIFFIN DERAMAN
Pegawai Penyelidik
Pejabat Menteri Besar Terengganu.