Make your own free website on Tripod.com
 
Ke arah Perubahan Total

Penentang Tazkirah adalah Penentang Perubahan Ke arah Islam

Oleh Ust. Zulkarnain Ibrahim

Baru-baru ini Dr. Abd. Hamid Osman, Menteri yang menguasai  Pusat Islam,  membuat kenyataan tentang tazkirah yang dilakukan dikebanyakan Masjid semasa solat Teraweh. Beliau mengatakan perbuatan itu adalah bidaah. Adalah amat menghairankan mengapakah Mid Man ini terlalu mempersoalkan dan menghalang daripada melakukan tazkirah ini? Apakah ianya benar-banar bidaah?

Apabila diajukan persoalan lain, barule kita mengerti mengapakah Mid man ini mengeluarkan fatwa tersebut. Misalnya bila diajukan soalan mengapah kritikan dan halangan-halangan dalam majlis ilmu ini ditujukan begitu hebat dan ditakut-takutkan dengan pelbagai gelaran dan fatwa? Mengapakah penyanyi yang mendedahkan aurat di bulan Ramadahan, drama-drama di TV dan Pusat-Pusat maksiat tidak di heboh-hebohkan sebagai pembawa bidaah dan perosak akhlak remaja?

Ternyatalah bahawa Mid Man sebenarnya tidak mahu rakyat tahu akan ilmu Islam sebenarnya. Tazkirah yang dilakukan oeh Rasulullah setiap lepas solat waktu itu misalnya tidak pernah pula dianjurkan oleh beliau untuk dilakukan di Masjid-Masjid dan di surau-surau. Cengkaman sekular diminda beliau begitu kuat agar beliau terus mempertahankan sekular dalam sistem pemerintahan di Malaysia ini. Jadi jika semakin ramai rakyat yang tahu dengan jelas akan Islam dan tuntutannya menyebabkan rakyat tidak akan bersama dan terus tidak menyokong mereka. Rakyat yang faham akan Islam dan tuntutannya akan berpihak kepada kumpulan yang memperjuangkan Islam yang syumul.

Mid Man tidak menyedari bahawa tindakannya itu bukannya untuk menyelamatkan Islam tetapi adalah untuk menyelamatkan tuannya yang sedang nazak. Penolakan rakyat di Sik ke atas kepimpinan beliau tidak memberikan lansung keinsafan di hati beliau. Beliau harus menyedari bahawa di zaman Islam sedang hanyut tanpa di pedulikan oleh pemerintah Malayu UMNO sekarang ini, bukan sahaja tazkirah perlu diperbanyakkan  dalam situasi yang berbagai-bagai tetapi suara-suara sumbang ke arah penghapusan Islam itu mestilah dilenyapkan. Orang-orang Islam mesti mengunakan segala keupayaannya untuk mepertabalkan Islam di tempatnya. Jikalau kumpulan yang disertai itu lari dari tanggungjawab dalam menegakkan Islam ini, nanti akan ada kumpulan lain yang terus memikul amanah Allah ini. Dan kumpulan inilah yang perlu disokong dan dibantu kerja-kerja mereka,bukan dihalang dan dilebelkan dengan lebel-lebel yang menakutkan rakyat.

Mid Man juga mungkin terlupa bahawa peralihan minda masyarakat sekarang selepas September Hitam adalah begitu kuat kepada perubahan termasuklah perubahan bagi peneraju negara sekarang ini. Perkara ini sudah dirasakan telalu hampir tercetus satu ledakan sehinggakan suara-suara sumbang itu adalah suara-suara yang tidak boleh dipercayai lagi kecuali bagi mereka yang telah mati hatinya...