SISTEM NEGARA INI TELAH KACAU DAN TIDAK PERNAH TUNDUK KEPADA ALLAH SWT. SISTEM NEGARA INI HARUS DIGANTI DENGAN SISTEM LAIN YANG LEBIH TELUS.

Bepeluangkah kita Menyaksikan Keadilan Terhadap Mahadhir?

Selama ini Mahadir telah mendapat terlalu banyak. Kepujian terhadap kepimpinannya sering dihamburkan oleh orang luar dan dalam negara. Selama ini ia terlalu liberal dengan Islam sehinggakan orang-orang yang memperjuangkan Islam nampak terlalu banyak ruang disediakan untuk memenuhi tuntutan Islam ini.

Kritikannya yang lantang ditujukan kepada dunia Barat kita rasakan seolah-olah beliaulah orang yang kita tunggu-tunggu bagi perlaksanaan Islam ini berjalan dimuka bumi Malaysia ini. Orang-orang yang hampir dengan beliau nampak sandiwara yang dilakunkannya setiap masa tetapi rakyat terbanyak masih mengkagumi lakunan beliau. Penguasaannya terhadap media, individu-individu dan tokoh-tokoh tertentu dan pemilihan beliau terhadap orang-orang yang dapat membantu beliau melaksanakan citi-cita besar beliau menguasai ekonomi dunia Timur, menyebabkan beliau terus lupa bahawa tugas sebenar beliau ialah memakmur dan mentadbir dunia ini dengan pentadbiran sistem dari langit. Kelalaian dan keangkuhan inilah yang membawa petaka kepada Malaysia dan rakyatnya.

Mahadhir sewenang-wenangnya menggunakan institusi polis dan kehakiman demi kepentingan beliau. Sistem kehakiman buatan manusia ini adalah untuk menjaga orang yang menggubalnya daripada dijatuhkan. Berbeza dengan sistem kehakiman dari langit, adalah untuk kebenaran dan keadilan walaupun berlaku terhadap diri, keluarga dan kroni sendiri.

Bila berlaku keadaan ini, adakah kita masih berpeluang menyaksikan keadilan tertegak dan Mahadir dapat diadili? Bila undang-undang pilihanraya itu sendiri adalah untuk mengekalkan pemerintah yang sedia ada maka jika kita mahu melihat keadilan tertegak terhadap Mahadhir semasa hayatnya, nampak agak kabur. Cara menegakkan keadilan yang berterusan haruslah dilakukan tanpa mengharapkan kemenangan dalam pilihanraya. Perangkap-perangkap pilihanraya yang dipasang oeh Mahadhir sudah pun bingkas dan sedikit demi sedikit orang-orang mula melupakan matlamat perjuangan ini iaitu untuk menegakkan keadilan . Keadilan tidak akan dapat tertegak jika Islam tidak tertegak pada diri-diri pendokong perubahan itu. Ingatlah Firman Allah, "ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MERUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI."

Perangkap pilihanraya untuk tiga tahun mendatang, sedang dilaksanakan oleh Mahadhir peringkat demi peringkat. Penasihat Yahudi beliau amat arif tentang perangai orang Islam dan orang bukan Islam. Mereka terus merancang agenda-agenda mereka sendiri dan Mahadhir dijadikan kuda tunggangan semata. Pilihanraya ialah menetukan pimpinan mengikut suara majoriti. Jika keadilan mahu ditegakkan terhadap Mahadhir maka suara majoriti dalam memilih parti yang memerintah ini haruslah dapat dikuasai. Segala usaha-usaha kearah ini mestilah dilipatgandakan dan semua itu mestilah disertai dengan pengharapan kepada Allah SWT dengan doa-doa kita yang ikhlas.

Kita percaya Allah tidak akan membiarkan makhlok bernama Mahadhir terus berleluasa dengan kezalimannya. Semua itu ada di dalam pengetahuan Allah SWT dan Allah itu tidak lalai terhadap kezaliman Mahadhir itu. Kita percaya rancangan-rancangan Mahadir itu adalah untuk terkena ke atas beliau sendiri dan sama-samalah kita saksikan Keadilan Allah Yang Maha Gagah lagi Maha terpuji....
 
 

Attarbiyyah