Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

KENAPA MAHADHIR MENANGIS?

Berapa kali kah saudara melihat Mahadhir menangis? Bagi saya sendiri, baru dua kali saya melihat Mahadhir menangis di kaca TV. Yang selebih dari itu saya hanya melihat beliau ketawa dan tersenyum sepanjang masa.

Dalam kehidupan Mahadhir beliau dikelilingi dengan hiburan dan kemewahan. Istana beliau yang tersergam indah di Putera Jaya, bernilai 200 juta ringgit itu, penuh dengan alat-alat kelengkapan serba mewah dan moden. Disampaing itu beliau mempunyai beberapa lagi bangalow persendirian di dalam dan luar negara. Banyak masa dihabiskan oleh beliau di luar negara dengan layanan sebagai orang nombor satu Malaysia. Sepatah kata beliau, ianya akan dilaksana dan berebut-rebut kaki ampu beliau untuk menyebarkannya. Gaji beliau yang tidak dikenakan cukai pendapatan melebihi RM18,000.00 sebulan disampai elaun-elaun lain dalam tugas resmi i dalam dan di luar negara.  Tetapi sejak akhir-akhir ini, mengapa beliau menangis?

Dizaman muda nya, beliau adalah seorang yang digelar ultra. Beliau akan menentang sesiapa saja yang cuba mengganggu cita-citanya.Beliau mengunakan pentas  PAS untuk menghentam UMNO dan Tengku Abd Rahman. Setelah beliau berjaya menjadi Naib Presiden UMNO, beliau menyerang PAS dan mencadangkan PAS disingkirkan dari BN dengan sokongan Presiden MCA waktu itu, Lee Sun Choon. Setelah PAS tersingkir dari kerajaan Pusat, beliau terus menjalankan kegiatannya dan bergabong tenaga dengan Tengku Razaliegh dan budak hingusan, Ibrahim Ali bagi menumbangkan PAS di Kelantan. Dalam Parlimen pula beliau dengan lantangnya mengatakan bahawa PAS lebih bahaya dari Komunis dengan berlandaskan sepotong ayat al Quran.

Setelah jadi Perdana Menteri, beliau meminta Anwar Ibrahim untuk membantu beliau dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara. Maka ujudlah Bank Islam, Universiti Islam, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan lain-lain nama Islam. Rupa-rupanya beliau merencanakan sesuatu yang lebih besar untuk politik peribadi beliau. Belaiu telah melakukan satu jenayah besar dengan menyerang Memali dan membunuh sesiapa saja yang menetang beliau. Dalam masa yang sama beliau telah menjalankan rancangan bagi membuang kuasa Raja-Raja Melayu terus dari perlembagan Beliau juga nampak saingan terdekat beliau yang boleh menggugat kesinambungan kuasa dan cita-cita peribadi beliau  Oleh itu beliau telah menyingkirkan Timbalan PM waktu itu iaitu Musa Hitam. Dalam masa yang sama juga, beliau mahu kuasa Mahkamah diletakkan di bawah telunjuk beliau dan beliau telah menyingkirkan Peguam Negara Salleh Abas. Tidak puas dengan tindakan itu, beliau nampak Tengku Razaliegh merupakan orang yang ada pengaruh dan pengikut di dalam UMNO yang boleh menggugat beliau. Oleh itu beliau telah merancang untuk mengharamkan UMNO dan musuh-musuh politik beliau di dalam UMNO yang ramai itu, tidak diterima menjadi ahli UMNO Baru.

Beliau mengenangkan ini semua telah berjaya dilakukannya dengan baik tanpa menggugat kedudukan beliau sebagai PM, malah tambah menguatkan beliau di dalam parti dan sebagai orang nombor satu dalam Malaysia. Oleh itu, kemana beliau pergi, beliau sentiasa disanjung. Kritikan-kritikan beliau terhadap Islam dan Nabi sendiri lansung tidak menjejaskan imej beliau dimata orang Melayu terbanyak. Beliau tambah bangga dan sombong. Malah beliau begitu yakin dengan perinsip kedoktoran yang di bawanya di dalam politik iaitu, sebagai doktor beliau perlu bertindak tegas untuk menyelamatkan pesakit walau pun dengan memotong anggota pesakit. Rupa-rupanya beliau lupa bahawa pesakit itu ialah rakyat dan anggota yang patut dipotong itu ialah beliau sendiri.

Kerana itulah bila beliau bersama-sama dengan orang-orang UMNO, beliau menangis. Beliau telah melakukan kesilapan dalam rawatan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia ini. Beliau telah tersilap untuk menganalisa penyakit dan tersilap juga dalam memotong anggota pesakit. Selama ini rawatan yang beliau berikan disokong dan disanjung tanpa belah bahagi walau pun rawatan itu juga tersilap Tetapi tindakan beliau yang terakhirdengan memotong Anwar, nampak sangat silap dan janggalnya oleh rakyat. Penipuan tidak boleh ditutup lagi. Oleh itu beliau menangis bagi meminta orang lain  tidak memotong beliau sebagai aggota yang berpenyakit itu. Beliau minta simpati untuk membiarkan beliau bersama-sama UMNO dan Malaysia walaupun UMNO dan Malaysia akan dijangkiti dan merebaknya virus bahaya yang di bawanya. Biarlah beliau rebah bersama-sama UMNO dan Malaysia. Kerana itu beliau terus menangis kerana belaiu tahu, sudah tentu akan datang seorang doktor baru bagi merawat penyakit umat ini dan memotong mana-mana anggota yang perlu dipotong, termasuklah Mahadhir sendiri ..........!
 
 

Attarbiyyah