Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source

 
Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim


PERUBAHAN-PERUBAHAN KELANTAN
DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK

Terbitan : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan

SLOGAN : MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

KEMAJUAN ISLAM
PROGRAM PENTADBIRAN
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
ISU-ISU POSITIF DALAM KERAJAAN PAS
SIKAP TIDAK DEMOKRATIK KERAJAAN PUSAT.
APA YANG BN TIRU DARI KELANTAN

Sepintas Lalu:
Keluasan  : 15,000 KM persegi.
Penduduk : 1.5 juta - 93.8 % Melayu, 4.6 % Cina , 0.7 % India dan 10.9 % lain-lain.

Perubahan-perubahan di kelantan melalui 3 cara:
1 - Keputusan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri

2 - Keputusan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri

3 - Hasrat YAB Tuan Guru Menteri Besar.

TIGA aspek utama perubahan:
Kemajuan Islam
Program Pentadbiran
Kesejahteraan Rakyat

1 - KEMAJUAN ISLAM
A - Pendidikan Islam : Peningkatan Sekolah Yayasan islam Kelantan
        1 - Bangunan dan pertambahan kelas - memberi peluang lebih ramai pelajar belajar.
        2 - Maahad Tahfiz Al Quran di Pulai Chondong, pencapaian pelajarnya cemerlang di Peringkat Malaysia.
        3 - Mahad Dakwah Wal Imamah. Mendapat pengiktirafan Universiti Al Azhar
        4 - Menambah bilangan guru terlatih (Kursus KDC), tetap dan berelaun.
        5 - Ko-Kurikulum berpandaukan Kementrian Pendidikan (Akademik)
        6 - Sukatan pendidikan (Agama) dari Universiti Al Azhar, Mesir.
        7 - Memperbayakkan jawatan guru tetap dan berpencen. (Zaman BN tak sampai 100, sekarang lebih 200)
        8 - Menaikkan guru sekolah bantuan YIK
        9 - Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azahar. Mesir.
        10-Menanbahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK dari RM 18 juta (Semasa BN) kepada
              RM 30 juta sekarang.
        11-Membuka kelas kemahiran dan sains tulen, teknik, vokesyinal dan perdagangan.
        12-Menubuh Kolej Islam Kelantan bertaraf Universiti sejak tahun 1998 dan beroperasi sepenuhnya tahun 2000 ini.

B - Pembangunan Masjid :
        1  -  Menmabahkan peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK
        2  -  Memperuntukkan pembangunan  agama/masjid kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.
        3  -  Mengadakan kursus-kursus kepada kakitangan masjid
        4  -  Menyalurkan kemudahan peralatan dan kitab-kitab melalui Jabatan Agama Islam
        5  -  Menganjurkan muzakarah imam-imam
        6  -  Menambah peruntukan melalui wakil rakyat
        7  -  Menambah elaun imam-imam mukm
        8  -  Menjalankan program mengimarahkan masjid
        9  -  Melaksanakan tabng al Qardhul Hassan di masjid-masjid.

C - Perkembangan Dakwah
        1  -  Memperkenalkan unit halaqat
        2  -  Menambah bilangan guru-guru al Quran dan Fadhu Ain
        3  -  Memperkemaskan penglibatan dan kerjasama bada-badan dakwah lain.
        4  -  Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
        5  -  Mewujudkan programdakwah menerusi Jawatan Kuasa Penerangan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis
                Daerah.MPKB)
        6  -  Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam
        7  -  Menggalakkan dan menjemput orang belum Islam menghadiri Program Kebesaran Islam dan majlis-majlis
                rasmi kerajaan
        8  -  Kempen Kesederan menutup aurat.
        9  -  Menganjur sambutan bulan Sembahyang
        10-  Menganjur sambutan Hari Hudud
        11-  Memasukkan program Ihya' Ramadhan dalam kelender pelancongan
        12-  Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam Karnival Kebudayaan Kelantan.
        13-  Menetapkan dasar Islam dalam dasar Kebudayaan Negeri 1998.
        14-  Memperincikan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai
                Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
        15-  Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berperinsipkan simbolik al Quran sebagai perlembagaan
                hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

D - Pembangunan Insan
        1  -  Menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat
        2  -  Kegiatan tadarus tahnan di Masjid Kawasan/Jajahan
        3  -  Menyampai tazkirah berkala di jabatan / agensi kerajaan.
        4  -  Menganjurkan kursus kefahaman Islam
        5  -  Menganjurkan kursus-kursus perkahwinan kepada bakal pengantin dan ibu bapa.
        6  -  Memperkemaskan lagi Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999), memudahkan penggunaan
                borang-borang.
        7  -  Mempertingkatkan kuliah-kuliah memahami Islam sebagai Ad-Din jabatan-jabatan Kerajaan serta agensi/badan
                berkanun.

E - Mempertingkatkan Perlaksanaan Syariat Islam
        1  -  Tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat.
        2  -  Tidak dibenarkan dibuka kelab malam
        3  -  Menghapus kegiatan pelacuran
        4  -  Menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen
                premis oleh pihak berkuasa tempatan.
        5  -  Pengawalan kedai gunting - elak wanita menggunting lelaki.
        6  -  Menyusun semula penjualan arak mulai 1 Jualai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum ditempat
                awam, termasuk hotel-hotel, restoren-restoren atau pun kedai-kedai makan. Namum begitu orang bukan Islam
                oleh minum di rumah-rumah kediaman mereka atau pun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
        7  -  Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan dan permainan snooker dan billiad.
        8  -  Memperbanyakkan papan tanda berunsur dakwah.
        9  -  Melarang papan tanda (iklan)  yang memperaga wanita dan bercanggah dengan Islam
        10-  Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993)
        11-  Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri  berterapkan perinsip Islam 1998.
        12- Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman. Walau pun
               begitu sebarang hiburan atau kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam dibenarkan.
        13-  Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri berperinsipkan Islam.

2 - PROGRAM PENTADBIRAN
A - Pentadbiran Secara Islam
        1  -  Mengamalkan Pentadbiran berteraskan al ubudiah, al masuliah dan al itqa'an.
        2  -  Memperkenal dan membudayakan adab membuka dan menutup majlis cara Islam dimulakan dengan Surah
                Al Fatihah dan penutup dengan Surah Al Asr.
        3  -  Dasar jimat cermat dalam berbelanja.
        4  -  Att taawun dalam perlaksanaan projek.
        5  -  Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Islam.
        6  -  Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Ummah.
        7  -  Melantik wakil kaum dan wanita (memberi hak mereka)
        8  -  Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam Bilangan 1 (1994) Negeri Kelantan.
        9  -  Masa pulang diperawalkan dan tiada masa waktu rehat tengahari dalam bulan Ramadhan bagi membolehkan
               ibadat digandakan dan membolehkan suri rumah/kakitangan wanita menyiap juadah untuk berbuka.
        10-  Menamatkan majlis rasmi sebelum waktu sembahyang atau memulakannya selepas sembahyang.

B - Pengurusan Kewangan Secara Islam
        1  -  Mengasingkan akaun halal haram
        2  -  Memindahkan simpanan tetap dari bank riba kepada Bank Islam
        3  -  Dasar tender terbuka dalam pembalakan
        4  -  Menubuhkan Tabung Serambi Mekah
        5  -  Melaksanakan sistem gadaian Islam (Ar Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar
                kepada Sistem Islam mulai tahun `993.
        6 -   Mengarahkan PKINK dan anak-anak syarikat yang untung supaya membayar zakar.
        7  -  Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan.

C - Menjaga Harta Kerajaan
        1  -  Memotong elaun tetap Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Ahl Majls Mesyuarat Kerajaan dan
                Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri sebanyak 20% kepada parti (Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

        2  -  Memotong elaun tetap Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sebanyak 10% kepada Perbendaharaan Negeri.
        3  -  Memotong elaun  tetap Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
                Negeri dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri sebanyak 20% kepada Perhubungan PAS Negeri dan 5%
                kepada PAS Kawasan.
        4  -  Menghapuskan amalan pemberian cenderamata semasa lawatan.
        5  -  Memanjangkan cuti bersalin Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, Agensi-Agensi dan Badan-Badan berkanun
                di bawah Kerajaan Negeri dari 42 hari ke 60 hari.
        6  -  Tidak mengubahsuai/memperbaharui perabot rumah dan hiasan dalaman Kediaman Rasmi MB di JKR 10.
        7  -  Tidak menggunakan kemudahan kerajaan dalam pilihanraya.
        8  -  YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan untuk juadah hari rayasebanyak RM 30,000
                setiap tahun.
        9  -  YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan untuk juadah  Berbuka Puasa sebanyak
                RM 15,000 setiap tahun..
        10-  YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mendiami rumah rasmi di JKR 10, sebaliknya terus tinggal di kediaman sendiri
                di Pulau Melaka.

D - Pentadbiran Tanah
        1  -  Dasar Penyelesaian tanah-tanah haram sebelum 1990
        2  -  Memberikan hakmilik tanah yang telah dibayar deposit (tanah kerajaan)
        3  -  Memudahkan beberapa urusan tanah (bayaran ansuran untuk premiun bagi membantu golongan miskin
                memiliki tanah).
        4  -  Mempertingkatkan kutipan tungakan hasil tanah dengan cara memberi kesedaran kepada rakyat.
        5  -  Memberi kuasa kepada ketua Jajahan dengan kelulusan Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) untuk
                kelulusan tanah yang luasnya kurang daripada 10 ekar. Ini bertujuan mempercepatkan penyelesai urusan
                Hak Milik Tanah.


3 - PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
A - Pembangunan Insaniah
        1  -  Mendedahkan Program Bina Insan kepada  Kakitangan Negeri
        2  -  Meningkatkan kefahaman Islam kepada guru-guru dan pelajar YIK melalui TAMRIN dan sebagainya.
        3  -  Memberi kursus kefahaman Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat.
        4  -  Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
        5  -  Hasil bimbingan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar, pegawai-pegawai berkeyakinan tinggi semasa
                memberi tazkirah di pejabat-pejabat kerajaan.
        6  -  Melaksanakan Projek Desa Takwa.
        7  -  Menggalakkan rakyat mengamalkan konsep ta'awun.
        8  -  Menganjur kuliah agama di Masjid Baraah Pasar Buluh Kubu.
        9  -  Menganjur forum, seminar dan muzakarah mengenai perlaksanaan Islam.
        10-  Menambah bilangan guru-guru al Quran dan Fardhu Ain.
        11-  Memperkemaskan penglibatan dan kerjasama dengan badan-badan dakwah lain.
        12-  Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan/agensi kerajaan.
        13-  Menujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis
                Daerah / MPKB)
        14-  Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
        15-  Menggalakkan dan menjemput orang-orang yang belu Islam menghadri program kebesaran Islam dan
                mjlis-majlis rasmi kerajaan.
        16-  Kempen kesedaran menutup aurat diperingkat Parti dan Kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan berpakaian
                menutup aurat.

B - Pembangunan Ekonomi
        1  -  Memajukan bidang pertanian sebagai 'economic base'
        2  -  Menjadikan PKINK sebagai pemaju sektor pertanian komersial
        3  -  Mempelbagai kegiatan komersial
        4  -  Terus memajukan bidang penanaman padi
        5  -  Menyedia skim subsidi baja kerajaan negei bagi menampong keperluan bagi mereka yang dianaktirikan
                oleh kerajaan Pusat.
        6  -  Memajukan kawasan lojing sebagi pusat pertumbuhan pertanian baru
        7  -  Mempertingkat usaha penanaman semula hutan
        8  -  Menyekat pembalakan haram
        9  -  Menggubal dasar pertanian negeri dismping dasar pertanian negara.
        10-  Menubuhkan Jawatankuasa Serenti Perindustrian dan pertanian.
        11-  Membuat promosi pelaburan di luar negeri.
        12-  Memaju dan memberi kerjasama kepada pihak yang menjayakan pelbagai projek untuk kemudahan dan
                kemajuan ekonomi negeri seperi Projek Kemasin-Semerak, Empangan Pergau dan Penyedian tapak perindustrian.

C - Projek Kesejahteraan Rakyat
        1  -  Mempertingkat fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dan menyelaraskan projek.
        2  -  Mempertingkat peranan Pejabat Tanah dan Jajahan.
        3  -  Menyalur peruntukan melalui wakil rakyat.
        4  -  Mempertingkat peranan Majlis Daerah dan MPKB dalam menyediakan pelbagai kemudahn dan perkhidmatan
                untuk semua rakyat.
        5  -  Meneruskan semua perlaksanaan pelbagai projek kecil dan kesejahteraan rakyat - mengetar, menaiktaraf dan
                membatu jalan, membina parit dan saliran, menyedia input pertanian, membina dan membaiki jambatan, kalbot,
                waqaf dan seumpamanya.
        6  -  Menghapuskan lesen beca roda tiga.
        7  -  Menyegerakan segala bantuan kecemasan melaui Tabong Serambi Mekah.
        8  -  Melaksanakan Tabong AL Qardul Hasan kepada golongan miskin - pinjaman tanpa faedah.

4 - ISU-ISU POSITIF DALAM KERAJAAN PAS
        1  -  Ketokohan Tok Guru, sifat sederhana, tada penyelewengan, mengutamakan kehendak rakyat, teladan Tuan
                Guru Menteri Besar memberi keyakinan kepada rakyat.
        2  -  Wujud suasana aman, sejahtera dan selesa. Kadar jenayah menurun, keputusanpeperisaan meningkat, gejala
                keruntuhan sosial remaja rendah dan kes-kes meksiat tidak merebak.
        3  -  Perlaksanaan Syariat dan syiar Islam. Usaha-usaha secara praaktikal  pemerintahan Islam di Kelantan
                disempurnakan dengan menguatkuasa pelbagai peraturan Islam mengikut kemampuan (kuasa yang ada) bagi
                kerajaan negeri. Usaha seperti menguatkuasakan pakaian menutup aurat, pengharaman judi dan melulus Kanun
                Jenayah  Syaiah 1 merupakan langkah serius yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini.
                Meski pun mereka mendakwa BN mendaulatkan Islam.
        4  -  Pembangunan  yang selari dan seimbang. Meliputi aspek pembangunan kebendaan dan kemanusian. Berbeza
                dengan Kerajaan BN yang menekankan pembangunan kebendaan semata-mata. Mereka benyak mengejar
                kebaikan dunia dan meninggalkan kebahagian akhirat. Oleh itu aspek pembangunan insaniah diperitingkatkan
                ke segenap lapisan rakyat.
        5  -  Boleh mentadbir dan tiada masaalah kewangan berkat jimat cermat.
        6  -  Pendekatan mengikut kehendak Islam dalam setiap belanjawan negeri.
        7  - Perakuan pihak polis, kadar jenayah menurun hasil daripada dasar kerajaan menutup tempat hiburan, judi, maksiat
                dan kelab malam.
        8  -  Langkah Kelantan ditiru oleh negeri lain/kerajaan Pusat. Pajak gadai Islam, perumahan konsep Islam dan cuti
                bersalin misalnya.
        9  -  Kerajaan BN menolak keputusan Dewan Undangan negeri Kelantan melulusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah
                11  1993 (HUDUD) pada 25 November 1993.
        10-  Perdana Menteri melalui surat rasminya mengugut akn mengambil tindakan sekianya kerajaan Negeri meneruskan
                cadangan melaksanakan Enakmen Kenun Jenayah Syaiah 11 1993.
        11-  Pemimpin UMNO rata-rata memfitnah dan memburuk-burukkan imej Kerajaan Negeri untuk melaksanakan
                hudud dengan mengatakan apa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri sebagi 'hudud zalim' 'tidak adil' dan
                'hudud PAS '
        12-  Menyelesaikan masaalah air dengan membeli saham Thames Water 70%.

5 - SIKAP TIDAK DEMOKRATIK KERAJAAN PUSAT
        1  -  Tidak mengiktiraf  kemenangan PAS memerintah Kelantan, tidak menghurmati mandat rakyat Kelantan.
        2  -  Menjalin pelbagai usaha untuk memburuk, menjatuh dan mewujudkan suasana resah kerajaan dan rakyat
                Negeri Kelantan.
                a)    Bermusuh dengan Istanan - Memfitnah Istana, Mencabar takhta, mengadakan perhimpunan haram 11.04.193,
                        isu cukai kereta Lamboghini, Pertabalan Tengku Ibrahim. Menyaman Tengku iskandar dan isu tuntutan takhta
                        Negeri Kelantan.
                b)    Menyekat kuasa dan menghina kedudukan Menteri Besar Kelantan - Halang hadir mesyuarat MB-MB,
                        pecat daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, mentohmah Menteri Besar selaku Tok Guru,
                        tak layak/tak pandai mentadbir
                c)    Tidak memberi kerjasama dalam perlaksanaan pembangunan - Menteri UMNO mempolitikkan JPP. bertidak
                        tanpa berunding dengan kerajaan Negeri, sekat peruntukan yang telah diluluskan.
                d)    Mempolitik KESEDAR - tidak emngiktiraf wakil kerajaan negeri (3 orang), saman kerajaan negeri, mendera
                        peneroka, menuduh kerajaan Negeri rampas tanah.
                e)    Mungkir janji dan segala persetujuan-pinjaman perumahan kos rendah, projek Bekalan Air Kelantan
                       Utara/BAKU.
                f)     Mempolitikkan Projek Pergau - tuduh kerajaan negeri rasuah kerana desak pampasan RM90 juta.
                g)    Mneyerang MAIK dengan tuduhan pecat imam-imam mukim dan mempolitikkan masjid. Desak MAIK saman
                        imam  yang membaca khutbah mengkritik BN.
                h)    Merancang pelbagai rancangan fitnah terhadap pimpinan kerajaan negeri danPAS. UMNO menubuh
                        Jawatankuasa Menangani Fitnah Pembangkang.
                i)    Menyekat dan melengah-lengahkan pembayaran kepada kerajaan negeri - geran tahunan, geran keseimbangan
                        kerajaan tempatan, perkapita sekolah agama.
                j)    Menolak hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan.
                k)    PAS dan pimpinan PAS dituduh sebagai pemecah belah masyaakat, sembahyang dua imam, pulau orang
                        UMNO, penyesat akidah, menyeleweng ajaran Islam, ulama berpura-pura, buat fatwa untuk politik,
                        perjuangan bertopengkan Islam, mencemar kesucian Islam, kempen PAS bahaya, mencemar dan menyalah
                        gunakan masjid, menggunakan khutbah/mimbar masjd sebagai medan politik.
                l)    Tok guru tak tahu memerintah, makan gaji buta, minta pertolongan syaitan, isu mencarut, larang wanita bekerja
                        dan isu penebangan balak di kawasan loging.
                m)    Tak percaya kepada ulama dan Mufti sedia ada. Cadang lantik Mufti lain sebagai penasihat kerajaan (Untuk
                        dilantik sebagai exco).
6 -  APAKAH YANG DITIRU OLEH KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI LAIN
       DARIPADA   PENTADBIRAN KERJAAN NEGERI KELANTAN.

        1  -  Pajak gadai Islam Ar-Rahn yang diterima pakai oleh YPEIM dab Bank Rakyat
        2  -  Cuti bersalin daripada 42 hari kepada 60 hari yang berkuatkuasa akhir tahun 1997
        3  -  Ekonomi yang berasaskan pertanian dimana Negeri Kelantan adalah negeri pertama menyiapkan
                Pelan Strategik Pertanian. Negeri Negeri lain kemudian mengambil contoh dari pelan tersebut.
        4  -  Konsep pejabat bercuti pada Hari Sabtu mulai diguna pakai selepas Belanjawan 1999/Januari 1999.
                Namun begitu Kerajaan Pusat hanya mengambil sekali dalam sebulan cuti tersebut iaitu Sabtu pertama
                awal bulan.
        5  -  Pemberhentian perniagaan pasar malam untuk solat Magrib telah di tiru oleh Terengganu semasa BN.
        6  -  Ayat-ayat Al Quran dan DOA-DOA sebagai hiasan di tepi jalan raya. Kenyataan Menteri Di Jabatan
                Perdana Menteri Dato' Abd. Hamid Othman akan digunakan di tepi lebuhraya (BH - 8.10.1997)
        7  -  Papan tanda lokasi masjid dtiru oeh kebanyakan negeri di Malaysia.
        8  -  Konsep Hotel Islam di tiru oleh Negeri Pahang.
        9  -  Pemotongan elaun tetap Meneri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ditiru mulai
                tahun 1997 iaitu seleas kegawatan ekonomi.
        10-  Amalan tidak memberikan cenderahati/hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan
                Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru mengeluarkan arahan yang
                sama pada bulan Ogos 1998.
        11-  Tidak mengeluarkan lesen premis judi cuba ditiru oleh Terengganu, itu pun di Besut pada Julai 1998 semasa BN.

7 - PENUTUP
        Sesungguhnya Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS / BA telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempura dalam menangani pelbagai masaalah dengan konsep Islam sebagai Ad-Din. Adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak menidakkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dalam jangkawaktu lebih 9 tahun pemerintahannya.

        Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuh, namun dengan kepimpinan Kerajaan Negeri  yang ada pada hari ini, segala macam persoalan telah berjaya diatasi. InsyaAllah rakyat Kelantan akan terus memberi mandat yang lebih besar kepada Kerajaan di bawah Pimpinan Ulamak demi kesinambungan usaha-usaha yang telah dilaksanakan . AMIN!.