Ke Arah Pembentukan Peribadi Muslim

Islam Akan Menjadi Jentolak Kefasikan
- Hj. Anual Bakhri Harun (Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan)

Alangkah seronoknya Islam bila dilaksanakan. Itulah pengalaman rakyat Kelantan bila PAS menguasai Negeri Serambi Mekah itu dan menjalankan dasar-dasar Islam yang boleh dijalankan dan yang tidak dapat disekat  oleh Kerajaan Pusat. Seronok yang dimaksudkan bukannya seronok untuk berpesta-pestaan, bersukan, mendedahkan aurat, bermuzik dan berdendang sayang atau seronok melihat bangunan-bangunan tinggi yang tak tahu siapa yang empunyainya. Tetapi seronok dalam mendapatkan keredhaan Allah dri perlaksanaan Islam yang diamanahkan oleh Allah itu.

Dassar Kewangan dan hiburan Negeri 1998 yang diluluskan di DUN Kelantan telah dapat mengawal kegilaan hiburan masakini yang tak tentu arah dan membawa kepada kekusutan fikiran dan hati kepada rasa ketenangan dan harmoni sesama rakyat. Replika al Quran di Kota Darul Naim, banyak memberikan ilham dan ketenangan kepada mereka yang bernaung di bawahnya. Walaupun ianya dikritik oleh orang  UMNO sebagai patung dan cuma membazirkan wang sahaja, tetapi ianya lebih bermanafaat daripada replika burung helang di Pulau Langkawi !

Hiasan-hiasan bandar daripada patong-patong bernyawa dizaman BN telah di humbankan ke Sungai Kelantan oleh pimpinan Islam yang baru, yang dengan ikhlas menawarkan diri mereka dalam menyelamatkan ummah. Begitu juga pimpinan PAS pusat dengan ikhlas menawarkan diri mereka bagi menyelamatkan ummah di Malaysia ini. Contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Tuan Guru menteri Besar Kelantan adalah jelas, pimpinan Parti Islam bukannya pemimpin yang mabuk kuasa atau harta. Dengan perlaksanaan kempen Bulan Sembahyang, Hari Hudud, Ehya' Ramadhan, kempen yang berleluasa bagi menutup aurat dan lain-lain kempen, menampakkan kerajaan Kelantan adalah serius dalam menangani masaalah sosial rakyatnya. Bahkan, penumpuan kepada PEMBANGUAN  INSAN adalah merupakan usaha-usaha ke arah penyuluh jalan lurus dalam emnuju kepada matlamat insan kamil.

Pimpinan BN telah diberikan lampu suluh oleh Allah sebagai penunjuk jalan tetapi mereka melemparkan lampu suluh tersebut malah  menghalang dan mahu menangkap pembawa lampu suluh tersebut.

Ternyata pendokong-pendokong kefasikan ini terus mempertahankan tindakan kefasikan mereka dan mereka kini berkubu pula di Putera Jaya. Kepimpinan tolol di Putra Jaya ini perlu diganti dengan kepimpinan BA yang educated dan accomondative. Maka dasar Islamlah yang akan menjadi jentolak kepada kefasikan ini dan ianya sedang diterajui oleh PAS dalam Barisan Alternatf yang sedang mara dan menuju ke Putra Jaya.

Allahu Akbar !!