MAHADHIR SERU RAKYAT BERSATU

Tidak dapat dinafikan melalui akal yang sihat, semua manusia ini perlu bersatu dibawah satu pimpinan. Yahudi mengajak rakyatnya bersatu  dibawah pimpinan Yahudi, tidak berasatu di bawah pimpinan Arab. Orang-orang Barat mengajak seluruh dunia bersatu di bawah pimpinan PBB kerana PBB telah pun dikuasai oleh mereka. Orang-orang Kristian mengajak seluruh dunia bersatu di bawah agama mereka. Begitu juga apa yang berlaku terhadap Filipina, mengajak seluruh rakyatnya bersatu di bawah satu pimpinan dan tidak berpecah belah dan tidak cuba untuk memecahkan kekuasaan kesatuan pimpinan Filipina ini. Dan begitu lah seterusnya, Mahadhir mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu di bawah kekuasaannya dan tidak betaburan apabila diserang.

Seluruh bangsa dan agama-agama di dunia ini mengajak kepada kesatuan. Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang menyeru kepada porak poranda dan pecah belah. Bahkan Iblis juga mengajak manusia ini bersatu di  bawah kesatuan Iblis. Inilah dendangan-dendangan lama yang enak di dengar dan tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Islam juga mengajak penganutnya dan manusia sejagat ini bersatu. Ianya mengajak bersatu di bawah satu akidah dan undang-undang langit. Kesatuan yang diserukan oleh Islam adalah kesatuan sejagat yang telah pun melahirkan manusia yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan. Kesatuan inilah yang lebih jitu dan dapat menyelamatkan mausia dan alam ini, bukan kesatuan ciptaan manusia yang bernama Mahadir Muhammad, satu kesatuan yang berasaskan kezaliman. Rakyat terus digula-gulakan dengan dendangan-dendangan lama agar beliau terus berkuasa dan melupakan keazaliman yang telah dan sedang dilakukan oleh beliau dan rakan-rakan seangkatan dengannya.
 
 
 

attarbiyyah