ROYALTI MINYAK DAN TUAN GURU MENTERI BESAR TERENGGANU

Baru-baru ini Tn. Guru Menteri Besar Terengganu, Ust. Abd. Hadi Awang telah datang ke Negeri Perak dalam rangka 'roadshow' bagi menerangkan isu royalti minyak. Beliau telah disambut oleh rakyat Perak di tiga lokasi TOL iaitu di TOL Slim Rver, di TOL Tapah dan akhirnya beliau disambut di TOL Ampang Ipoh.

Beliau yang dinanti-nantikan oleh kira-kira 300 orang di TOL Ampang sejak jam 4.30 petang tiba kira-kira jam 6.00 petang. Turut menanti beliau ialah OCPD Ipoh Timur dengan 3 'patrol car' polis. MB Terengganu cuma sempat berucap kira-kira satu minit dan beliau terus ke Kuala Kangsar dengan diiringi oleh konboi rakyat dengan mengibarkan bendera PAS dan Keadilan.

Di Kuala Kangsar, beribu-ribu rakyat bersama-sama MB Terengganu sama-sama solat hajat selepas solat Magrib di Masjid Ubudiah. Seterusnya seepas isyak, MB Terengganu tersebut berucap dihadapan kira-kira 30,000 hadirin. Beliau banyak menyentuh tentang Islam ini perlu diperjuangkan dan ia akan tetap menang. Sambil membawa contoh yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui al Quran dalam surah al Buruj dan kisah Habib an Najar dalam Surah Yaaseen, beliau mengingatkan pemerintah agar tidak memainkan perjanjian royalti minyak ini kerana nanti minyak ini akan membakar mereka sendiri.
 

attarbiyyah