Make your own free website on Tripod.com
 
Dedahkan Senarai Nama-Nama Orang Melayu Yang Menerima Sumbangan Dari Tabung JE
29hb.Okt- Kamunting - Naib Ketua Pemuda DAP, Lim Guan Eng mencabar kerajaan BN agar mendedahkan senarai penerima sumbangan dari Tabung JE, agar diketahui siapakah orang-orang Melayu yang telah menerima sumbangan dari Tbung JE. Beliau bertanya adakah orang Melayu tersebut  menjadi penternak babi?
Beliau juga difahamkan bahawa jumlah kutipan Tabung JE tersebut ialah sebanyak 16 juta, lantas beliau mempersoalkan kemanakah perginya wang tersebut? Jika ianya telah diagih-agihkan, siapakah orang-orangnya yang telah menerima bantuan daripada Tabung JE berkenaan? Beliau juga mendedahkan bahawa seramai 700 orang Melayu telah diberikan bantuan daripada tabung JE dan bertanya, Melayu manakah yang boleh makan dari wang babi, adakah Melayu UMNO?
Pendedahan dari Lim Guan Eng ini menyebabkan kira-kira 5,000 hadirin yang berbagai bangsa, yang hadir di Markas PAS Kamunting itu menjadi  menjadi riuh rendah.
 
 

attarbiyyah