Make your own free website on Tripod.com
 
MANSUHKAN ISA
Tukar KEMTAH Kamunting menjadi PUSAT REKREASI
 
29hb. Okt - Lim Guan Eng semasa berucap di hadapan kira-kira 5000 hadirin di Markas PAS Kamunting, mendesak agar di hapuskan ISA yang zalim itu dan tukarkan Kem Tahanan Kamunting menjadi sebuah Pusat Rekreasi yang indah. Beliau pernah ditahan di Kem Tahanan Kamunting semasa berumur 25 tahun  kerana dikatakan beliau menggugat keamanan negara. Beliau sekarang berumur sama dengan umur ISA iaitu 40 tahun. Beliau mempersoalkan kenapa diwaktu itu beliau yang belum lagi dikenali ramai ditahan berbanding dengan sekarang? Beliau menganggap sekarang ini beliau lebih dikenali umum tetapi kenapa beliau tidak ditahan? Ini membuktikan bahawa ISA adalah satu akta yang digunakan untuk menahan siapa saja yang kerajaan BN suka.
Beliau juga mendedahkan bahawa semasa dalam soal siasat, polis memberitahu beliau yang beliau ditahan diwaktu itu kerana menentang kerajaan sedangkan di dalam alQuran menyebutkan tidak boleh menentang kerajaan. Beliau bertanya hadiran yang terdiri dari plbagai kaum itu, adakah benar ada disebut dalam al Quran bahawa pemerintah tidak boleh ditentang? semua hadirin menyambut dengan perkataan TIDAK!! Ini membuktikan bahawa ISA adalah bertentangan dengan agama, hujah beliau.
 
 

attarbiyyah