Make your own free website on Tripod.com
 
MAHADHIR, MARI KITA BERTEMPUR DI MAHKAMAH

29hb.Okt - Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional mencabar Dr. Mahadhir bertempur di Mahkamah dengan syarat Dr. Mahadhir tidak menggunakan polis dan bersedia datang ke mahkamah apabila di sapina.Dengan cara ini barulah rakyat didedahkan siapakah yang sebenarnya pengkhianat negara dan bangsa.
Beliau menyebutkan bahawa tidak perlulah Dr. Mahadhir arahkan agar beliau diambil tindakan kerana memburuk-burukkan negara di luar negeri kerana beliau telah lama mencabar agar beliau dihadapkan ke mahkamah. Beliau juga mengingatkan bahawa menentang Mahadhir bukan bermakna menentang negara.Jangan mahu samakan Mahadhir dengan negara.
Beliau adalah diantara beberapa pemimpin yang memberikan ucapan di hadapan kira-kira 5,000 hadirin berbagai bangsa dalam perhimpunan mendesak agar ISA dimansuhkan.

Sebelum itu, Sdr. Ruslan Kasim, Ketua Penerangan Keadilan, memberitahu hadirin bahawa nama Dr. Mahadhir memangnya telah buruk di luar negara. Tidak perlu Sdr. Ezam dan rakan-rakan memburuk-burukkan Mahadhir kerana semua masyarakat di dalam dan di luar negara telah tahu hal itu. Beliau yang baru dua hari pulang dari England juga memberitahu bahawa majoriti pelajar-pelajar Malaysia di England adalah penentang kerajaan BN yang di0pimpin oleh Dr. Mahadhir Mohammad. Jiaka ada pun program yang dihadiri oleh mereka yang dianjurkan oleh pemimpn negara, itu hanyalah lakunan semata untk menggula-gulakan Mahadhir!
 

attarbiyyah