KE ARAH PERUBAHAN TOTAL SISTEM DAN KEPIMPINAN NEGARA

Wahai Dolah Badawi , Jangan Harap Mahadir Akan Menyayangimu!
Oleh Sun Yat Sin

Kenyataan keanak-anakan Dolah Badawi mempertahankan Mahadir amatlah melucukan. Beliau menuduh pembangkang mempunyai tektek memburuk-burukkan Mahadir dengan memfitnah beliau. Dengan memburuk-burukkan ketua UMNO maka batang UMNO akan menjadi buruk sama dan lemahlah UMNO.

Kita ingin bertanya kepada Dolah Badawi apakah Anwar Ibrahim seorang pembangkang yang membuat fitnah terhadap Mahadir bila beliau megatakan Istana Mahadir bernilai 200juta ringgit? Apakah juga fitnah bila Anwar menyebut wang Petronas digunakan oleh Mahadhir utnuk menyelamatkan syarikat anaknya Mirzan? Apakah satu fitnah pembangkang bila Dato' Shahrir Samad  berkata bahawa punca kekalahan BN di Lunas adalah kerana Mahadhir? Apakah kenyataan Dato' Abd Aziz Syeikh Fadhil mengenai Mahadhir merupakan kenyataan pembangkang? Ternyata Dolah badawi telah kehilangan pedoman dalam perjuangannya menyebabkan beliau membuat kenyataan yang keanak-anakan itu.

Dolah harus sedar bahawa beliau diperalatkan oleh Mahadhir bagi mempertahankan sebarang tindakan Mahadhir dan Kabinetnya yang korup itu. Usahlah mengharapkan kasih sayang daripada bapa UMNO Baru itu kerana engkau sendiri akan dijadikan mangsa jika difikirkan engkau menjadi penghalang bagi beliau memegang tampok presiden UMNO seumur hidup.
Tidak usahlah menyalahkan pembangkang jika nama Mahadhir dan UMNO telah berbau busuk. Bagaimana mungkin disembunyikan bangkai gajah dengan nyiru?

Suara-suara dari dalam UMNO sendiri yang mahukan perubahan pimpinan dari peringkat atas hingga ke akar umbinya, adalah merupakan suara-suara mereka yang nampak situasi politik sebenar selagi Mahadhir menjadi Presiden UMNO. UMNO terlalu uzur dewasa ini. Meyertai UMNO akan memalukan generasi muda masakini. Ini bukannya fitnah tetapi satu kenyataan yang harus ditelan oleh Dolah Badawi. Jadi tidak hairanlah jika pimpinan nombor satu UMNO terus dipertikaikan kewibawaannya dari semasa ke semasa. Dolah juga bukan tidak sedar akan perkara ini tetapi lakunan Mahadhir telah menjangkiti beliau pula dan terpaksalah beliau berlakun walaupun hanya menjadi pelakon tambahan sahaja.
 

Sun Yat Sin