Make your own free website on Tripod.com
Mimbar Satu
MUHASABAH

Kita sering memperkatakan tentang ukhuwah atau persaudaraan dalam Islam. Kita mengimpikan ukhuwah para sahabat bersama kepimpinan Rasulullah SAW. Kita mahu menjadi kumpulan contoh untuk diikuti oleh kumpulan lain dalam perjuangan Islam ini. Contoh-contoh muamalat orang-orang beriman dengan matlamat dan cara yang sahih, berpandukan nas al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Contoh-contoh akhlak perjuangan orang-orang Islam yang boleh diikuti oleh generasi masakini.

Bagi menilai sejauhmana ukhuwah kita ahli PAS Kawasan Parit, kita boleh bersama-sama menjawab pertanyaan-pertanyaan di bawah ini. Ada 14 soalan dikemukakan. Jika jawapan yang dijawab "YA" berjumlah 14, bermakna ukhuwah kita berada ditahap yang optima. Selayaknyalah Allah memberi dua ganjaran iaitu kemenangan di dunia dan kemenangan di akhirat. Jika kita tewas di dunia ini, kita akan tetap menang di akhirat. Selayaknyalah mana-mana individu dan kumpulan-kumpulan lain bernaung di bawah payung ukhuwah yang dikembangkan oleh saudara-saudara.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, kemenangan di dunia ini tidak membawa kepada kemenangan di akhirat. Ianya adalah kerja-kerja yang amat merugikan akhirat.

Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri kita dan jamaah PAS ini dan sama-sama pula memperbetulkan dan mempertingkatkan amal-amal Islam ini samada dari sudut individu ataupun Jamaah itu sendiri.
 

 

"CUKUPLAH DIRI ENGKAU PADA HARI INI YANG MENGHITUNG DIRIMU SENDIRI"

Soalan

( 1 )
Adakah semangat ukhuwah dikalangan pimpinan/AJK disemua peringkat dihayati, dilaksanakan dan dipertingkatkan dari teori  kepada amali dalam berkasihsayang, berkorban, bantu membantu, mengutamakan saudara lebih daripada diri sendiri? 
( 2 )
Adakah kita telah bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat dan berguna dalam membina bangunan Jamaah dan masyarakat Islam?
( 3 )
Adakah kita berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada satu apa pun yang boleh mengeruhkan hubungan ukhuwah?
( 4 )
Adakah kita sentiasa menjunjung perintah Allah dan RasulNya dan wajib kita mengutamakan dari yang lain?
( 5 )
Adakah kita berusaha mencantumkan semula ummat kita dengan semangat cinta kepada  Allah dan bersaudara secara Islam?
( 6 )
Adakah kita bersungguh-sungguh melaksanakan konsep nasihat menasihati dan sanggup menerima nasihat?
( 7 )
Adakah kita sentiasa melihat diri kita dengan teliti akan ketaatan dan kedurhakaan kita kepada Allah?
( 8 )
Adakah kita tidak membiarkan saudara kita terlantar di dalam kesusahan?
( 9 )
Adakah kita sentasa bertanya-tanya hal sesama sendiri, ziarah menziarahi dan bersegera menolong sedaya upaya akan saudara-saudara kita?
( 10 )
Adakah saudara-saudara membentangkan kesulitan-kesulitan dan kemudian membincangkannya?
( 11 )
Adakah tidak ada sebarang pertengkaran berlaku sesama AJK/Ahli?
( 12 )
Adakah kita bermanis wajah dan memberikan salam dan senyum? 
( 13 )
Adakah kita sering menziarahi mereka yang sakit, kemalangan dan menolong bagi meringankan kesusahan mereka?
( 14 )
Adakah kita mengadakan perkelahan keluarga, usrah, lawatan, berpuasa sunat. solat subuh berjamaah atau bermalam beramai-ramai seminggu sekali?

Kenapakah kita perlu kepada perkara-perkara yang diajukan di atas? Tidak lain tidak bukan ialah kerana kita mahu amalan Islam yang soheh dalam jamaah dan wujudnya KUMPULAN TERAS bagi menjaga dan memantapkan jamaah, apabila berlaku sesuatu peristiwa di dalam jamaah. Sokongan massa yang berterusan dapat dipertahankan disamping mengikut jalan-jalan salafus soleh. Ruang-ruang kosong tidak dapat dimainkan oleh mereka yang hatinya ada penyakit dan tidak bermegah dan mendabik dada bila mencapai kemenangan, dan tidak menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini di dalam jamaah.
 

Dari Mimbar Satu
PAS Kawasan Parit