Siapakah yang boleh menegur UMNO?

Raja-raja?
Mufti-Mufti?
Pembangkang?
Rakyat?

Nampaknya semua teguran terhadap UMNO dan dasar pemerintahannya, lansung tidak dihiraukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Malah mereka mencemuh dan memerli sesiapa yang menegur perbuatan dan dasar pemerintahan sumbang mereka. Mereka telah memerintah Malaysia ini selama 46 tahun, tapi siapakah penasihat mereka yang mereka dengari dan hurmati pendapatnya?

Mereka mengekalkan stail dan cara pemerintahan Inggeris, tetapi mereka tidak menerima teguran dari orang-orang Inggeris dalam pengamalan sistem kehakiman di Malaysia ini. Mereka mengaku mereka orang-orang Islam, tetapi teguran dan nasihat dari mufti yang mereka lantik sendiri itu pun dibantah mereka. Mereka mengaku sebagai orang-orang Melayu tulin, tetapi nasihat dan teguran dari PAS dan Keadilan, parti Melayu terbesar itu pun mereka politikkan dan selewengkan fakta-faktanya.

Jadi siapa lagi yang UMNo mahu dengar pandangan dan nasihat? UMNO hanya mahu dengar pandangan dan nasihat Mahadhir sahaja. Apa kata Mahadhir semuanya baik dan tekun didengar oleh orang-orang UMNO. Kerana itulah UMNO telah menjadi parti yang zalim dalam memerintah. Dari hari kesahari UMNO terus menzalimi diri sendiri dan rakyat. Kehidupan rakyat makin terhimpit. Hak rakyat terus dinafikan dan harta-harta mereka sudah kurang nilainya.

Tidak ada cara lain bagi menghentikan perbuatan zalim mereka ini kecuali mereka dilenyapkan saja dari muka bumi ini. Bagaimana caranya?

Ayuh, semua kita usahakan cara menjatuhkan UMNO ini.