Mendokong Reformasi Menyeluruh

PERPADUAN MELAYU - MAHADHIR SEDIAKAN PELAN TINDAKAN

Pepatah Melayu ada menyebut "Sekali terkena, kedua tahu, ketiga mengena" .

Ini bukanlah kali pertama Mahadhir menyeru pembangkang Melayu untuk bersatu daripada pecahbelah. Itulah yang di ajakkannya kepada PAS selepas beliau menjadi PM pada tahun 1982. Begitulah juga yang direncanakannya kepada Sdr. Anwar dan ABIM pada tahun yang sama. Bila PAS menolak kerana PAS dah pernah terkena, dia menuduh PAS punca pecah belah dan patut diharamkan.

Sebelum Anwar menerima ajakan Mahadhir untuk bekerja menegakkan Islam melalui UMNO, PAS telah menasihati Anwar agar berhati-hati kerana Mahadhir yang pembelit akan membelit beliau. Pada waktu itu imej Mahadhir melambong tinggi sedangkan imej PAS merudum kerana tidak mahu bekerja sama dengan UMNO.

PAS melihat perkembangan kerjasama untuk perpaduan Melayu atau Islam itu sebagai satu sandiwara Mahadhir yang telah mencadangkan PAS ditendang dari BN sebelum ini. Mahadhir mahu menutup jenayahnya terhadap umat Islam dan Melayu kerana beliaulah yang menyingkirkan PAS dari kerajaan camporan BN. Beliaulah yang sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu dengan dasar pentadbirannya "pecah dan perintah". Bila PAS mula bekerja bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej dan meletakkan kepimpinannya di bawah kepimpinan ulamak, ternyata UMNO yang diketuai oleh Mahadhir itu nampak akan sokongan rakyat yang kian menyerlah terhadap PAS.

Pada pilihanraya tahun 1986, Mahadhir sekali lagi mengajak PAS berpadu di dalam BN. Inilah tektik kotor beliau dalam mempermainkan isu perpaduan Melayu. Beliau amat bangga dengan tektik perpaduan ini kerana PAS sering disalahtafsirkan oleh rakyat dan UMNO dilihat sebagai benar-benar jujur untuk menyatu padukan orang-orang Melayu. Walaupun Mahadhir melakukan tindakan kejam dengan membunuh rakyat Kg.Memali, beliau terus disanjung dan digelar sebagai wira Melayu.

Allah Maha Kaya. Dalam pada keghairahan beliau mencemuh dan memaki hamun PAS kerana punca pecahbelah dan tidak mahu kepada perpaduan Melayu, tiba-tiba UMNO sendiri berpecah jadi team A dan Team B. Dan seterusnya, UMNO diharamkan oleh mahkamah daripada persada bumi Malaysia yang bertuah ini. Mahadhir terus juga memainkan peranannya dengan menangkap beratus-ratus pimpinan-pimpinan PAS dalam operasi Kenari dan Oprasi Lalang. Walaupun tindakan kejam ini berterusan dilakukan terhadap PAS, Mahadhir tetap disanjung. Mahadhir terus merancang untuk melumpuhkan PAS. Serangan-serangan bagi memburuk-burukkan PAS dilakukan sepanjang masa melalui media dan alat-alat propaganda kerajaan.

PAS meneruskan juga kerja-kerjanya. PAS mengumpulkan tenaga-tenaga bagi bersatu menegakkan keadilan dan meletakkan pemimpin yang layak ditempatnya yang sebenar. PAS mencanangkan beberapa slogan antaranya ialah:

Membangun bersama Islam

Bersatu Di bawah Kepimpinan Ulamak

Jika Islam Selamat, Melayu akan selamat, Cina Selamat, India Selamat, Malaysia Selamat.

PAS terus membongkar penyelewengan dan ketidakbenaran perjuangan UMNO dan BN. Ditambah dengan kerakusan dan penyalahgunaan kuasa oleh Mahadhir, akhirnya membuka mata orang Melayu bahawa PAS adalah satu parti altenatif kepada UMNO.

Bila S46, parti pecahan UMNO meminta PAS bekerja sama dengan mereka, PAS menerima dengan lapang dada dan Kelantan akhirnya dapat ditawan semula pada pilihanraya 1990. Diwaktu inilah PAS terpaksa membuktikan dakwaan mereka bahawa kepimpinan ulamak boleh mentadbir sesebuah negeri. Rakyat dapat melihat bagaimana telusnya seorang ulamak dalam memerintah sebuah negeri. Walaupun UMNO menyerang bertubi-tubi dari berbagai-bagai arah, PAS terus maju bersama Islam. Rakyat bukan Islam juga melihat perkembangan ini secara positif. Mereka mula mengenal pentadbiran PAS yang lebih saksama dan bertoleransi terhadap kaum dan agama lain. Mereka dapat merasakan sendiri ketelusan pimpinan PAS, yang selama ini mereka menerima gambaran yang salah tentang PAS dan Islam daripada UMNO.

Mahadhir pernah berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan mengatakan bahawa menghadapi PAS adalah terlalu mudah. PAS telah dapat di kalahkan dengan mudah setiap kali pilihanraya. Beliau meminta ahli-ahli UMNO bersatu kerana kekalahan UMNO di Kelantan adalah disebabkan UMNO berpecah.

Apa yang berlaku pada September Hitam, terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan sebahagian besar ahli UMNO dan pemuda-pemuda Melayu beramai-ramai berhijrah kepada PAS. Selogan baru di kumandangkan seperti:

DULU UMNO SEKARANG PAS

DULU DACING SEKARANG BULAN

BUKAN  MAMAK TETAPI ULAMAK

Sokongan terhadap PAS dan kesedian PAS menggabungkan diri dalam Barisan Alternatif, menampakkan PAS bersikap matang dan terbuka tetapi tidak menggadaikan perinsip. Mahadhir nampak ancaman baru ini dan beliau memasang satu strategi dengan memerangkap SUQUI dan Mahadhir terselamat daripada hukuman rakyat. Beliau masih berkuasa dengan majoriti selesa di Parlimen dengan sokongan daripada kaum Cina. Beliau dan kroni beliau meneruskan usaha-usaha bersiri bagi menutup pembohongan- pembohongan beliau daripada pandangan umum. Beliau tahu bahawa beliau masih banyak masa dan tenaga bagi mengatur strategi menjelang pilihanraya ke 11.

Peristiwa bersiri terus dicetuskan. Beliau sedang dalam satu peringkat bagi memulihkan imej UMNO. Isu perpaduan Melayu dimainkan lagi. Kali ini beliau mengajak PAS dan Keadilan berunding. Seperti juga tektik Yahudi di Palestin, bila intifadhah sampai menggelisahkan rejim Tel Aviv, Yahudi mengajak rakyat Palestin berunding. Ianya disambut oleh PLO tetapi tidak bagi HAMAS. Rundingan demi rundingan cukup membuatkan intifadhah kendur dan rakyat Palestin terperangkap dengan isu rundingan damai! Yahudi bukanlah manusia yang boleh dibawa berdamai. Inilah yang cuba dibuat oleh Mahadhir yang pembelit itu!!

Kita percaya kepada kepimpinan Ulamak yang meletakkan perjuangan dihadapan. Kita percaya mereka tidak mudah diperangkap. Kita percaya mereka bukanlah orang-orang yang lalai dalam matlamat perjuangan. Kita juga percaya mereka telah mahir dengan tektik dan pelan tindakan Mahadhir. Kita percaya kepimpinan ulamak PAS berjalan di bawah naungan al Quraan. Kita menyerahkan kepada kebijaksanaan mereka dalam bertindak dan memberi arahan untuk bertindak. Mahadhir bukanlah orang yang boleh dibawa berunding. Memang Mahadhir sedang menyediakan pelan tindakannya. BA juga harus menyediakan pelan tindakannya sendiri bagi mencapai matlamat perjuangan, iaitu satu reformasi yang menyeluruh dan menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia ini!!

Allahu Akbar!!!

Reformasi!!
 
 

Jubah Hitam