Make your own free website on Tripod.com
Apakah PAS Takut Menghadapi Kenyataan??

Setelah beberapa pertemuan dilakukan oleh Jawatan Kuasa Teknikal antara PAS dan UMNO dijalankan, nampak sangat Mahadhir mengambil kesempatan dari isu ini bagi menaikkan imejnya. Masaalah perpaduan Melayu yang di eksplotasikan oleh UMNO sepenuhnya melalui media masa yang dikuasai oleh mereka, menampakkan PAS mulai bimbang bahawa tindakan mereka menerima saranan perbincangan dengan UMNO telah menjejaskan mereka.

Ahli-ahli PAS adalah ahli-ahli yang berkualiti. Pimpinan PAS memahami hal ini kerana ahli-ahli yang telah ditarbiyyah oleh PAS adalah memahami tujuan PAS menerima pelawaan Mahadhir ini. Juga dapat dikesan bahawa Keadilan yang dutubuhkan untuk membantu perjuangan PAS menggulingkan Mahadhir, mempunyai tekaanan saikologi kepada pimpinan PAS. Ahli-ahli Keadilan ang telah berjaya mencipta isu dan lebih kehadapan dengan berbagai-bagai isu. Keadilan memang berpendirian tegas menolak pertemuan dengan UMNO. Mereka seolah-olah berpatah arang dengan UMNO.

PAS mempunyai pengalaman yang luas dengan pertubuhan-pertubuhan lain. PAS juga mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasainya dalam suasana tertekan dari berbagai pihak. Begitu juga dengan ahli-ahlinya yang berdiri teguh di belakang keputusan pimpinan parti. Jadi kenapa PAS menagguhkan pertemuan ini? Adakah PAS tidak berani berhadapan dengan Mahadhir yang pembelit itu? Atau PAS dibayangi oleh tekanan saikologi dari Keadilan? Alasan yang dikemukankan oleh PAS ada juga benarnya.

Bila mahu berdamai, kenapa tidak diadakan genjatan senjata? Bila mahu berdamai kenapa tidak dipulangkan semula wang yang dirompak? Bila mahu berdamai kenapa UMNO tidak berani menerima apa yang mahu dibincangkan sedangkan Mahadhir mengatakan perbincangan boleh dibuat tentang apa saja perkara secara terbuka?

Tapi yang ternyata, PAS mestilah menggerakkan jenteranya diseluruh negara untuk mara ke Putra Jaya. Pelan tindakan TIGA TAHUN harus dirangka dan dilaksanakan segera. PAS mestilah bersedia, jika Mahadhir menggunakan akta-akta perlindungan dirinya terhadapa PAS.