Pertemuan PAS - UMNO  - Antara Dakwah dan Perjuangan.

PAS Yang mara KE Putra Jaya

Bukannya mudah tapi itulah realitinya.
PAS yang menggunakan kaedah dakwah dan tarbiyyah terasa perlahan jalannya. Apa tidaknya, kerenah ahli dan pendokong PAS terlalu banyak. Lihat saja bagaimana sesuatu keputusan yang diambil oleh pimpinan PAS selalu disusuli dengan kritikan kritikan pedas dari penyokong parti itu. Selalunya yang membuat bising adalah  orang yang tidak mahu terjun terus ke dalam wadah  perjuangan PAS. Mereka hanya duduk dipinggir gelanggang. Malah kadang-kadang mereka di dalam gelanggang yang lain tetapi terus memberi amaran demi amaran terhadap tindakan pimpinan-pimpinan PAS.

Kerjasama dengan S46 adalah satu contoh dimana beberapa ahli PAS telah meninggalkan medan dan digunakan oleh UMNO untuk menghentam PAS. Tapi akhirnya PAS mampu menawan Kelantan. Kes terbaru ialah penerimaaan PAS terhadap pelawaan rundingan oleh Mahadhir, presiden UMNO. Banyak kerenah mereka yang berjuang dipinggiran yang memberi amaran-amaran pedas kepada pimpinan PAS sehinggakan pimpinan PAS ini  merasa tidak selesa untuk berjumpa dengan Mahafiraun itu. Mereka menganggap presiden PAS itu boleh diperkotak katikkan. Mereka tidak nampak iringan doa pengikut-pengikutnya yang ikhlas dan mahu kepada perlaksanaan Islam ke atas diri dan negara ini.

Oleh itu adalah lebih baik menghentikan salahsangka kepada delegasi teknikal dan pimpinan PAS yang mahu meneruskan pertemuan dengan UMNO itu. Mahadhir memang mahu agar BA bertengkar sesama sendiri. Mahu agar parit-parti dalam BA bergeser. Walau pun sekarang ini pertemuan itu tertangguh, biarkanlah pimpinan PAS berbincang dan membuat keputusan dalam suasana damai. Pimpinan PAS bukannya tidak tahu mereka akan diperangkap dan pimpinan PAS bukan lah sebodoh seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak.

PAS ada agendanya yang telah lama diperjuangkannya.

Pimpinan PAS harus meneruskan agenda mereka dalam dakwah dan tarbiyyah disamping menilai kritikan-kritikan dari ahli-ahli. Ahli-ahli pula sepatutnya tidak memaksa pimpinan menerima pendapat mereka kerana pimpinan melihat sesuatu yang menyeluruh dengan pandangan dari pelbagai pihak di luar dan dalam negara.
 
 
 

attarbiyyah.