PERTEMUAN FADHIL / MAHADHIR - Pertemuan BUKU DENGAN RUAS
 
Setelah memperosok Hussein Onn keluar gelanggang, akhirnya Mahadhir bertakhta di singgahsana UMNO tanpa cabaran. Beliaulah yang mencadangkan PAS ditendang keluar dari BN pada tahun 1977. Beliau nampak saingannya seorang anak muda dari ABIM, Anwar Ibrahim dan rencananya diatur bagi membawa Anwar duduk di bawah ketiaknya. Anwar meninggalkan sahabat-sahabatnya di dalam PAS dan tambah membingungkan ialah Anwar sendiri menjadi orang barisan depan menghentam PAS.

Dalam masa yang sama, Arqam dapat digunakan oleh UMNO dan Mahadhir bagi menghentam PAS. Dikala ini kita lihat PAS di bawah pimpinan Ustaz Fadhil Mohd Nor, berhempas pulas berjuang bersendirin, menghadapi musuh-musuh. PAS terus diajak bersama ke dalam BN oleh Mahadhir. Ajakan yang bertalu-talu ini tidak dihiraukan oleh pimpinan PAS kerana mereka berpegang dengan sebuah hadis, "Orang Islam tidak akan dipatuk dua kali di dalam satu lubang." Dalam masa yang sama, perubuhan-pertubuhan Islam yang lain, menghalakan kritikan-kritikan kepada PAS dan menyokong UMNO dan rencana Islamisasi UMNO.

Mahadhir terus memainkan peranannya. Pertubuhan Arqam dibiarkan menjalankan aktiviti-aktivitnya. Pertubuhan ini amat berguna buat Mahadhir kerana Arqam sentiasa menyinggung bahtera PAS. Kadang-kadang Arqam digunakan oleh ahli-ahli PAS sebagai contoh sebuah pertubuhan yang patut ikuti.  Bila Arqam merasakan dirinya telah kuat, Arqam cuba mengusik singgahsana Mahadhir.Akhirnya Arqam diburu oleh Mahadhir dan pimpinannya yang lari ke Thailand dapat diperangkap dan disumbatkan ke dalam ISA. Pengikut-pengikut Arqam panik dan akhirnya mereka tersungkur di pintu syurga.

Mahadhir belum puas. Dalam meneruskan agenda kekuasaannya, beliau memerangkap Tengku Razaleigh sebagai pimpinan S46, rakan sepasukan PAS dan DAP. S46 terus dibubarkan sendiri oleh pengasasnya, Tengku Razaleigh dan pemimpinannya terjun dengan labu-labunya ke dalam UMNO. Rupa-rupanya Mahadhir mempunyai agenda besar iaitu mahu menyingkirkan timbalannya, yang juga Menteri Kewangan. Dia harus mengurangkan musuh, sebelum rancangan konspirasinya dilancarkan. Dia melihat Anwar adalah musuh bagi penerusan kekuasaannya. Anwar akhirnya diperkosa sedemikian rupa dan pengikut-pengikut Anwar melancarkan reformasi. Reformasi terus berjalan walaupun dalam pilihanraya yang ke 10 yan lalu, kumpulan reformasi yang menubuhkan Parti Keadilan gagal membentuk mana-mana kerajaan. Ini adalah sekilas sejarah yang boleh kita jadikan landasan dalam berdepan dengan Mahadhir.

Sekarang adalah puncak perlawanannya. Mahadhir perlu menghadapi PAS yang sedang mara ke Putra Jaya. PAS telah dapat menyatukan satu barisan yang dinamakan Barisan Alternatif. Sekarang rakyat telah dapat membuat perbandingan diantara dua kelompok yang memerintah. Satu kelompok dengan takhta singgahsana yang serba mewah. Satu kelompok lagi diketuai oleh ulamak yang serba sederhana. Mereka memerintah di atas asas yang berlainan. Rakyat memerhatikan dengan penuh minat terhadap Kelantan dan Terengganu. Ust. Fadhil Nor sebagai pembawa panji-panji Barisan Alternatif, dilihat begitu cekal dan gagah. Dengan panglima-panglima pengiring beliau dari PAS,  Keadilan, DAP dan PRM, Mahadhir nampak kehilangan hujjah dalam menyekat arus rakyat. Akhirnya beliau menawarkan genjatan senjata.

Ust. Fadhil Nor bukannya keseorangan dalam kesanggupannya berhadapan dengan Mahadhir. Mahadhir perlu dijejaki dalam sebuah sidang. Mahadhir perlu diberitahu apa yang Allah perintahkan dalam al Quran. Seperti juga Nabi Musa yang layak berdepan dengan Firaun, Nabi Muhammad yang berdepan dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, Khalid Ibnu Walid berdepan Rustam, Panglima Parsi......dan sepantasnya masakini di Malaysia ini, Ust. Fadhil Moh Nor berdepan dengan Mahadhir...Ahli-ahli PAS menyerahkan kebijaksanaan pertemuan ini kepada Ust. Fadhil. 

Pertemuan ini adalah pertemuan buku dengan ruas,,,hanya Ust. Fadhil Nor saja yang layak mengajar Mahadhir..
 
 

- Jubah Hitam-
Jubah_Hitam@yahoo.com