Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source

Pengalaman Dalam Tahanan ISA

Ruslan Kasim Menyanyi Tiga Abdul

Semasa Anwar Ibrahim ditahan di malam 30 September hitam, Ruslan Kasim juga turut ditahan di bawah ISA. Beliau menceritakan semasa disoal siasat, beliau pernah ditelanjangkan.

Akta ISA yang zalim itu sebenarnya adalah akta untuk menjaga kepentingan pemimpin yang korup. Pimpinan korup ini akan melakukan apa saja terhadap musuh-musuh politik mereka tanpa memikirkan adab sosila dan kesopanan apatah lagi larangan-larangan agama. Ruslan yang ditempatkan disebuah sel telah diingatkan oleh polis agar tidak berbicara dengan sesiapa. Pernah satu ketika beliau berbicara dengan semut yang bebas keluar masuk dalam biliknya. Beliau berkata, "alangkah baiknya aku menjadi semut, boleh keluar masuk penjara dengan bebas".

Dalam keadaan begini juga, seseorang itu boleh timbul keinsafan terhadap Allah dan dapat pula melahirkan kebolehan yang dimilkinya. Pendekatan diri terhadap Allah makin bertambah dan amalan-amalan seperti solat tahajjud dan solat dhuha semakin terasa amat manis. Beliau pernah meminta kepada lapan orang polis semasa menyoal siasat beliau untuk bersolat dhuha sebanyak 12 rakaat. Setiap rakaat beliau membaca surah-surah yang panjang sehingga polis sendiri jadi bosan.

Satu ketika apabila beliau sedang solat di dalam sel penjara, beliau mendengar satu suara yang amat beliau kenali, sedang membaca ayat-ayat al Quran. Selesai solat,Ruslan memikirkan bagaimanakah beliau mahu berhubung dengan rakan di sebalik sel tersebut. Ruslan pun membuat trik dengan menyanyikan sebuah lagu P. Ramli yang  popular, Tiga Abdul. Tiga Abdul....Tiga Abdul..... Tiga Abduulllllll.... Abdul Wahab...... Abdul Wahid....... ABDUL MALIIKK  !!!! dengan mengeraskan suara apabila menyebut Abdul Malik. Memang benar, di sebelah sel beliau ialah Abdul Malik Hussain, lantas Abdul Malik Hussain menyahut ... " Hoi! Siapa tu!!!!" Rupa-rupanya Abdul Malik Hussain juga telah ditahan.

Begitulah pengalaman seorang reformis, yang tidak pernah kenal erti takut dan penat, namun kebenaran terus diperjuangkan. Kata-kata keramat Anwar Ibrahim terus dikumandangkan dan diamalkan....... LAWAN TETAP LAWAN...... TIDAK HARI INI HARI DEPAN, TIDAK MINGGU INI MINGGU DEPAN, TIDAK TAHUN INI TAHUN DEPAN........ LAWAN TETAP LAWAN!!!
 

attarbiyyah