Mahfuz dan Pondan di Penjara Kajang
Make your own free website on Tripod.com

Mahfuz yang dipenjarakan kerana kesalahan menyertai satu tunjuk perasaan membantah kedatangan pasukan kriket Yahudi Israel, menceritakan satu pengalaman beliau di dalam penjara Kajang dengan beberapa orang pondan.

Semasa bersenam di waktu pagi beliau terkejut kerana ada seorang wanita sedang bersenam bersama-sama didepan beliau. Beliau amat hairan dan memikirkan sesuatu yang tidak baik. Setelah selesai bersenam, belaiu bertanyakan hal tersebut kepada salah seorang banduan di situ. Banduan tersebut menyatakan bahawa orang itu adalah seorang pondan. Beliau benar-benar menyangka bahawa orang tersebut adalah wanita kerana nampak betul susuk badannya seperti wanita.

Beberapa orang pondan menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah seperti kesalahan dadah. Mereka ini mempunyai nama-nama wanita. Mereka juga telah beberapa kali masuk keluar penjara. Mahfuz pernah memanggil salah seorang mereka dengan nama lelaki mereka yang sebenarnya tapi tidak dijawab walaupun dipanggil beberapa kali. Seorang banduan lain menyatakan bahawa mereka (pondan) memang tidak mahu melayan sesiapa yang memanggil mereka dengan nama asal mereka. Mereka akan melayan jika seseorang itu memanggil mereka dengan nama wanita mereka.

Pondan-pondan ini benar-benar menganggap mereka itu sebagai wanita. Mahfuz kebiasaannya akan memanggil banduan-banduan lain makan bersama-sama dalam bilik. Apabila pondan-pondan ini dipanggil makan bersama, mereka mengatakan tidak mahu makan bersama dalam bilik lelaki. Mahfuz juga pernah diintai oleh pondan semasa mahu mandi. Apabila beliau menyedari beliau diintai, Mahfuz menengking mereka, menyebabkan pondan tersebut lari dari bilik  Mahfuz.

Itulah secebis kisah pengalaman YB Tn. Hj.Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena Kedah, merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat, yang akan dibukukan. Apakah istimewanya cerita ini? Sama-samalah kita tunggukan pendedahan Mahfuz Omar semasa beliau menjalani hukuman penjara selama sebulan di penjara Kajang, di dalam sebuah buku.
 
 

Attarbiyyah.