Make your own free website on Tripod.com
 
Setelah PAS Menguasai Terengganu

Hotel Tanpa Penyanyi dan Muzik

Dr. Harun Taib yang dilantik sebagai salah seorang exco Kerajaan Negeri Terengganu apabila PAS berkuasa di Terengganu, telah juga dilantik sebagai pengerusi sebuah hotel yang dimiliki oleh salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri.

Semasa UMNO berkuasa, hotel tersebut menarik pelanggannya dengan mengadakan jualan arak, nyanyian dan muzik bertempat di sebuah restoren hotel berkenaan. Dr. Harun Taib telah berbincang dengan pihak pengurusan hotel berkenaan, bagaimana jikalau pihak hotel tidak mengadakan minuman keras dan muzik. Minuman keras boleh menyebabkan pelanggan kurang siuman dan muzik pula boleh menyebabkan pelanggan leka dan duduk lama pada satu-satu ketika di dalam restoren, walau pun hanya minum secawan kopi O. Ini akan menyebabkan pelanggan lain yang cuba masuk ke restoren terpaksa menunggu lebih lama untuk tempat duduk. Pihak hotel bersetuju dan mengatakan bahawa tidak ada masaalah jika ditiadakan minuman keras dan muzik ".

Bila keadaan ini berjalan dalam masa sebulan, pihak hotel rasa terkejut kerana sambutan orang ramai yang bertambah terhadap hotel berkenaan. Pihak hotel juga dapat menjimatkan perbelanjaan dari bayaran penyanyi dan muzik yang dianggarkan sebanyak lebih RM4,000.00.

Satu hal yang lain pula, hotel tersebut tidak merupakan penyumbang sebarang unsur ke arah kerosakan sosial muda mudi.

Lihatlah, inilah keyakinan seorang ulamak apabila memerintah. Mereka berfikir berlandaskan wahyu, bukan berlandaskan akal semata-mata. Mereka tetap dengan keyakinan bahawa Islam itu penyelamat untuk manusia dan alam ini. ISLAM SELAMAT, SEMUA SELAMAT, MELAYU SELAMAT, CINA SELAMAT, INDIA SELAMAT, MALAYSIA SELAMAT... Islam akan dapat dirasakan kemanisannya bila dilaksanakan. Bilakah pula negeri-negeri lain menikmati suasana begini? Tidak lain tidak bukan ialah apabila ianya dibebaskan daripada penjajahan Barisan Nasional.
 

attarbiyyah