WEBSITE TERUS DIINTIP

Tidak dinafikan semua website terus diintip oleh pihak berkuasa. Tidak kira di dalam atau diluar negara, ianya adalah sumber perhubungan yang canggih bagi semua penduduk dunia. Tidak dapat dinafikan juga, semua pihak menggunakan kemudahan internet ini untuk berkominikasi.

Pihak pengintip pula merasakan bahawa kecanggihan perhubungan antara benua ini telah memberikan mereka kerja tambahan untuk mengintip setiap pergerakan mereka yang dikira sebagai  musuh mereka. Mereka telah menyediakan kemudahan pengintipan dengan program terkini, dapat mengesan setiap pergerakan mereka yang menggunakan internet.

Kisah terbaru penangkapan Imam Samudra, 32, diatas penglibatan beliau dengan pengeboman di Bali, menunjukkan hakikat ini. Email yang digunakan oleh beliau telah dipantau oleh polis dan pihak polis dapat membaca pergerakan beliau sehingga beliau ditangkap.
 

Pemerhati 5202